Mana lagi tempat yang kami pergi? Ermmmm Kensington Palace yang kini menjadi kediaman bagi Putera William sekeluarga (katanya). Kat sekeliling istana ini ada taman besar yang cantik amat.
Aku pun tak tahu mana satu pintu depan belakangnya. Nampak macam semuanya sama je. Kediaman rasmi memang macam ini kot.
Nak masuk dalam istana ini kene bayar. Tapi lupa plak nak tengok berapa. Rasanya macam tak berbaloi untuk aku masuk dalam tu. Tapi kalau kalian nak masuk, boleh pergi ke laman web : www.hrp.org.uk/kensington-palace/ untuk info berkaitan.
Ada ketikanya, mereka pun ada anjurkan pameran khas. Macam time kami datang tu, diorang bakal anjurkan pameran berkaitan Puteri Diana. Boleh lah pada sesiapa yang berminat datang menjenguk kat dalam tu.
Istana dan taman berpisah tiada. Aku memang suka tengok taman-taman mat salleh nie. Simple. Pokok besar dan padang yang menghijau. Kemudian ada tasik sikit yang dimeriahkan dengan ikan/unggas. Jinak pulak tu.
Ramai juga nampak orang berjogging. Oleh kerana cuaca sejuk dan mataharipun malu alah nak keluar, jadi tak perlu risau berpeluh. Nak berjogging pukul 12 tengahari pun tak ada masalah hahaha. Tak panas.
Lama aku habiskan masa kat tasik / kolam yang ada banyak angsa dan burung. Sebab nampak jinak je kan. Kalau kat Malaysia, susah nak tengok suasana macam nie. Ada ke?