Tips Pilih Kentang Yang Baik

Semasa mengembara di Eropah, aku perhatikan kentang goreng atau French Fries yang amat digemari dan dijadikan menu diet harian masyarakat disana. Sikit-sikit kentang goreng. Bertimbun kentang goreng di mana-mana tempat berkenaan.

Kentang memiliki khasiat yang diperlukan tubuh. Ia mengandungi karbohidrat dan protein yang tinggi disamping kaya dengan vitamin dan mineral. Nutrisi yang ada pada kentang katanya amat sesuai dinikmati oleh pesakit kencing manis kerana mempunyai kadar kalori yang lebih rendah berbanding nasi.

Tips Pilih & Elak Kerosakan Pada Kentang

  • Pilih kentang yang bersih, berbentuk sempurna, tekstur padat, keras dan tiada kesan retak.
  • Elak memilih kentang yang sudah berwarna kehijauan kerana telah terkena lebihan sinaran cahaya matahari
  • Masih keras dan belum bertunas. Kentang yang sudah bertunas menunjukkan ia sudah lama dan tidak berkualiti
  • Pisahkan cepat kentang yang telah rosak. Ini bagi mengelakkannya mencemari kualiti kentang yang lain pula
  • Jangan simpan kentang dalam peti sejuk. Simpan dan letakkan kentang dalam suhu bilik dan jangan dicuci
  • Elakkan simpan kentang bersama dengan bawang besar. Ini kerana gas yang dilepaskan bawang besar boleh mempercepatkan proses kerosakan pada kentang
  • Bagi memastikan kentang tidak lebam atau berwarna gelap selepas dikupas, letakkannya dalam air sejuk sehingga sedia untuk dimasak.

Jenis-Jenis Kentang

Di negara Amerika Syarikat, terdapat lebih 100 jenis kentang yang dijual di pasaran. Antaranya ialah kentang russet, kentang merah, kentang kuning, kentang putih, petite, fingerling dll. Namun, kebanyakan kentang yang ada dan popular di Malaysia adalah daripada jenis kentang kuning.

RUSSET

Bentuk: Bersaiz sederhana dan besar, oblong atau bujur. Mempunyai kulit yang mulus serta isi berwarna putih atau kuning pucat.
Rasa: sedikit manis
Cadangan Penyediaan: Sesuai dibakar, digoreng, dilenyek atau dipanggang

MERAH

Bentuk: Bersaiz kecil, sederhana dan agak bulat. Mempunyai kulit nipis berwarna merah dan isi warna putih
Rasa: kurang manis
Cadangan Penyediaan: Dipanggang dan dilecek. Sesuai dihidangkan bersama salad atau sup

PUTIH

Bentuk:Bersaiz kecil dan sederhana. Bentuk yang bulat dan panjang. Kulit dan isinya berwarna putih
Rasa: kurang manis
Cadangan penyediaan: Dilecek, digoreng, dikukus. Sesuai dihidangakan bersama salad

KUNING

Bentuk: Bersaiz besar, bulat dan berbentuk oblong. Punya kulit yang peranbg keemasan dan isi berwarna kuning
Rasa: kaya dengan rasa kentang semulajadi
Cara Penyediaan: Dipanggang, dilecek, digoreng dan sesuai dijadikan salad

UNGU

Bentuk: Bersaiz kecil dan sederhana. Kulit dan isi berwarna ungu dan biru
Rasa: sedikit tawar
Cara Penyediaan:Dipanggang, dibakar dan turut sesuai dijadikan salad

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI