Fakta Mengenai Rumah Impian Bangsa Johor, Yayasan Sultan Ibrahim
- Ia merupakan ‘hadiah istimewa’ berbentuk skim perumahan mampu milik kepada rakyat di negeri Johor sempena sambutan hari ulang tahun keputeraan Sultan Ibrahim yang ke-59.
- Skim yang berstatuskan hak milik bebas ini adalah yang pertama seumpamanya dan di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim
- Di Bandar Dato’ Onn, Rumah Impian Bangsa Johor akan dibangunkan di kawasan seluas 21.3 hektar dan membabitkan pembinaan lebih 520 unit termasuk 190 rumah teres, 130 rumah berkembar dan 200 rumah sesebuah. Rumah berkenaan ditawarkan dengan harga RM80,000 hingga RM100,000 seunit.
- Manakala di Bandar Baru Majidee, sebanyak 320 unit rumah akan dibangunkan di kawasan seluas 2.75 hektar dan ia terdiri daripada dua blok yang masing-masing mempunyai 12 tingkat kediaman dan ia akan ditawarkan dengan harga RM150,000 seunit.
- Terdapat satu projek sedang dirancang oleh Mutiara S’City Sdn Bhd di kawasan seluas 3.05 hektar di Bukit Saujana di bawah YSI pada masa depan dan ia bakal menawarkan 1,000 rumah.
- Projek dibiayai Bank Rakyat dengan dana sehingga RM500 juta, manakala pembeli akan diberikan kadar faedah yang rendah mengikut gaji supaya mereka mudah membayar semula pinjaman.
- Projek hakmilik kekal (freehold) di bawah Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Bank Rakyat akan memberikan konsep berbeza bagi unit-unit rumah dan komersial.
- Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM1 untuk pinjaman penuh melalui satu pembayaran mudah
- Tawaran hanya akan dibuka kepada semua Bangsa Johor yang layak. Namun proses pemilihan adalah ketat dan teliti.
- PraPelancaran projek ini dibuat di Galleria@Kotaraya Johor Bahru pada 22 Mac 2017
Video: Ribuan serbu Majlis Prapelancaran Rumah Impian Bangsa Johor
https://www.youtube.com/watch?v=66fRdzJRlD8
Kriteria Pemilihan Pembeli / Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor
- Warganegara Malaysia, menetap selama 5 tahun di negeri Johor dan berumur 18 tahun. (Keutamaan diberikan kepada rakyat Johor)
- Permohonan rumah buat kali pertama
- Bujang atau telah berkahwin
- Satu permohonan bagi setiap pasangan yang telah berkahwin
- Pemohon atau pasangan yang masih belum memiliki rumah
- Pendapatan isi rumah berdasarkan jenis rumah yang ditawarkan
KLIK : Pra Pendaftaran Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor, Yayasan Sultan Ibrahim
Video: Rumah Impian Bangsa Johor – reaksi Noor Azleen Ambrose
https://www.youtube.com/watch?v=wOr74y2OgPc
Video: Rumah ‘istimewa’ Sultan Johor, ribuan rakyat penuhi Plaza Kotaraya
https://www.youtube.com/watch?v=aSAy54FvZ-0
Sumber: BHarian, Hmetro, Bernama