Tempat Menarik di Langkawi – Air Terjun

Air Terjun Telaga Tujuh

Namanya diambil sempena 7 buah mata air yang mengalir membentuk 7 buah kolam semula jadi di sini pada ketinggian yang berbeza. Air Terjun Telaga Tujuh ini terletak di cerun Gunung Mat Cinchang. Jadi, panorama indahnya boleh dilihat daripada atas menggunakan kereta kabel.

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini. Tapi pengunjung perlu membayar RM2 (kereta) atau RM1 (motosikal) untuk parking. Air terjun disini pun ada musimnya. Dimana airnya mencurah dengan banyak sepanjang bulan September hingga Oktober. Pada bulan-bulan lain, curahan airnya ada tapi pada kuantiti yang kecil. Namun, kolamnya masih penuh dan tetap sesuai untuk aktiviti mandi-manda.

Air Terjun Temurun

Air terjun ini terletak di Teluk Datai iaitu kira-kira 42 km dari Pekan Kuah. Air terjun paling tinggi di Langkawi ini mempunyai 3 aras jatuhan air dan salah satu daripadanya berukuran kira-kira 30m mencurah ke kolam.

Tiada bayaran masuk yang dikenakan untuk pengunjung. Sama seperti Tujuh Telaga, air terjun Temurun ini meriah ketika musim hujan sepanjang bulan September hingga Oktober.

Air Terjun Durian Perangin

Terdapat banyak pokok Durian Perangin disekitar air terjun ini. Dek kerana itulah ianya dipanggil Air Terjun Durian Perangin. Lokasi terletak di utara Kampung Kilim. Untuk sampai ke sini, pengunjung perlu merentas deretan kedai, mendaki anak tangga, jambatan gantung dan berjalan melalui laluan trek hutan.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI