Check Kesihatan di Sabah

Serious, selama ini aku langsung tidak pernah membuat pemeriksaan kesihatan (seingat aku). Tidak pernah tahu (ingat) jenis darah dan kondisi kesihatan / tekanan darah bla bla bla badan sendiri. Seriau tak?

Semasa aku join program di Sabah akhir tahun lepas, secara kebetulan Jabatan Kesihatan ada membuka kaunter pemeriksaan kesihatan – BMI, tekanan darah dan jenis darah. Ramai rupanya orang yang buat derma darah. Aku teringin nak derma darah. Tapi takut sebab darah kan huhu.


Alhamdulillah, hasil daripada pemeriksaan, kondisi kesihatan aku agak normal. Cumanya, BMI aku pre-obesiti. Berat badan normal aku ialah 59kg. Tatkala itu, berat badan aku ialah 60kg ahaks. Matilah nak kena turunkan berat badan lagi. Rasanya sekarang ini aku dah habis puas bersenam dan kurangkan pengambilan nasi/gula. 

Untuk jenis darah pula, aku AB. Tidak tahu pula samaada AB+ atau AB- . Pegawai perubatan itu bagitahu hasil daripada ujian, aku boleh derma darah sebab terlebih darah dalam badan. Jadinya, bolehlah didermakan je darah yang lebih itu ahaks.

Tapi risau pula nak derma. Kata orang, kalau kita derma darah, selamanya kita kena derma dari semasa ke semasa. Berat badan pun akan naik sebab banyak makanm Betul ke? 

Lupa pulak aku nak bertanya pada ketika itu.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI