Jejalan di Zoo Negara Malaysia

Aku sangat suka tengok binatang. Yelah, kalau tak, takkanlah boleh membela 9 ekor kucing parsi di rumah kan? Gigih tak? hihi.


Selalu jugalah aku pergi Zoo. Dalam lingkungan 2 hingga 3 tahun sekali mesti rindu nak pergi Zoo. Keraplah juga tu kan? As orang dewasa yang sokmo ke zoo.

Pusing-pusing sama je pun binatangnya. Bezanya dekorasi dan pengisian. Dulu tak ada orang suruh ambil gambar. La nie di mana-mana ada je orang suruh ambil gambar. Salah satu sumber pendapatan Zoo kot. Aku kalau ada duit lebih, mesti akan beli punya. Yelah, salah satu cara nak sokong keberlangsungan Zoo Negara nie juga. 

Oleh kerana kunjungan aku kali ini timing dia cantik, jadi orang pun tak ramai mana. Senanglah nak menyinggah masuk nak tengok panda. Oiittt, tak pernah tengok panda secara live lagi nie. Teruja


Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI