Mohon Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan KWSP

Jenuh juga nak membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan nie. Tengok gaya macam gaji banyak. Tapi, sejak ada ansuran perumahan nie, macam ala-ala cukup makan je. Walhal sudah sehabis jimat dah. Aiii, memang kena bekerja hempas pulas mencari duit tepi gamaknya.

Dok tengok kawan, diorang guna duit KWSP untuk buat ansuran pinjaman perumahan. Ohh, boleh rupanya. Pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP memang boleh untuk tujuan membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau
pembinaan rumah. Sebelum ini pun aku memang guna akaun 2 KWSP untuk bayar deposit rumah. Tak terfikir pula untuk buat perkara yang sama. Alhamdulillah, semak baki akaun 2 mencukupi untuk ansuran bulanan sehingga 9 bulan lamanya.

Hajatnya nak buat permohonan secara online via e-pengeluaran di laman web KWSP je. Tapi tidak boleh sebab aku guna pemberi pinjaman perumahanan yang tidak tersenarai di bawah Nama Institusi. Nyesal pula guna Public Bank dulu. Baik lagi guna RHB Bank. Pengsan

Jadinya, aku perlu kemukakan permohonan di kaunter KWSP. Dengan kata lain, aku perlu dapatkan penyata baki pinjaman perumahan daripada Public Bank dahulu. Gigih lah aku pergi ke Public Bank Bandar Sunway untuk dapatkan penyata. Kena bayar RM20 + GST untuk dapatkannya. Ambil masa 1 hingga 2 minggu untuk proses katanya. Katanya diorang nak kena cari fail macam tu.

Lecehnya nak dapatkan penyata baki pinjaman perumahan ini, kita kena pergi ke cawangan bank yang menguruskan pinjaman kita. Sebab fail disimpan di cawangan itu.

Datang ke tingkat 1 (loan department) dan isi borang permohonan. Aku risau sebab hanya sekadar isi borang semata-mata. Miss yang entertain aku tu pun angguk-angguk je pertanyaan aku. Jadinya, dia pun offer dapatkan salinan MyKad dan cap jari. Senang sebab aku malas nak datang banyak kali in case kalau apa-apa hal berlaku kan.

Lepas diorang settle, aku kena datang ke Public Bank Bandar Sunway ini untuk dapatkan salinan original.  Apa yang sangat mengujakan disini ialah, sehari selepas permohonan dibuat, aku sudah terima panggilan daripada Public Bank Sunway untuk ambil penyata tersebut. Imprezzz dengan kecepatan dan kecekapan mereka.

Dapat je penyata baki pinjaman, aku terus ke KWSP Cawangan Seri Petaling. Proses mudah yang amat. Print penyata kewangan KWSP siap-siap dan terus beratur untuk ambil angka giliran. Tidak sampai seminit, nombor giliran aku dipanggil. Pengsan cepat amat.

Pegawai di Kaunter hanya minta MyKad dan penyata baki pinjaman perumahan je. Lepas tu diorang minta nombor akaun bank peribadi yang nak diorang masukkan. Berdasarkan kepada baki akaun 2 KWSP aku, boleh bayar sehingga 9 bulan lamanya. Jadinya, katanya selepas 15 hari nanti proses akan selesai. Notifikasi via SMS akan diberikan.

Insyaallah semuanya berjalan lancar dan nafas aku pun bolehlah kembali pulih untuk 9 bulan lamanya hihi. Semoag dimurahkan rezeki dari hari ke hari.

 

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI