Kedai Kopi Dari Latin – Juan Valdez Cafe

Aku bukanlah peminat kopi yang tegar. Tapi, oleh kerana kawan-kawan sekeliling merupakan peminat kopi, jadinya nak tak nak aku kena join sekali diorang melepak kat ‘kedai kopi’ lah.  Dauhulu, tatkala masih belajar, tiap minggu aku melepak di Coffee Beans KLCC. Tapi, aku order hot chocolate je. Kalau melepak di Starbuck pula, aku lebih gemar order Green Tea atau apa-apa menu promosi pada ketika itu. Idok ler teman nak memikir minum kopi apa. Sebab namanya pun pelik. Latte / Americano / etc. Aku mana tahu terma-terma omputeh tu.

Baru-baru ini, tatkala ke Genting Premium Outlet (GPO), kesemua kedai kopi di sana (Starbuck dan Coffee Beans) penuh. Tiada tempat duduk. Masalah sebab kami pergi berlapan. Jadinya, agak sukar disitu. Kawan pun suggest JUAN VALDEZ CAFE ini. Katanya kedai kopi ini berasal dari Colombia. Diorang kata, kopi dari latin lebih sedap berbanding arabica etc. Taste memasing kan. Aku pun iyer kan aja lah.

Meh sini aku share konsep dekorasi dalaman kedai kopi ni. Menarik bukan? Hairan, sebab tak ramai customer yang melepak kat sini. Jadinya, kami pun bermaharajalela lah.

Apa yang aku order? Hot Chocolate je. Kawan lain order Coffee Latte set. Sebab diorang ada buat promosi. Follow je lah apa yang jurujual tu suggest huhu. Harganya pun boleh tahan juga. Entah, tak tahu mana yang murah jika nak dibandingkan dengan pesaing.

 

Apa pendapat korang dengan harganya? Emmmm kalau nak ikutkan pada rasanya, not bad juga. Sekali sekala boleh lah. Kalau gaji aku ber KKKKKKK sebulan, boleh lah kan merasa sekali sekala haha.

 

 

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI