AL-FATIHAH

Sebelum itu, aku ingin mengucapkan takziah kepada keluarga pakcik aku diatas kematian anak lelakinya pada jumaat malam yang lepas. Innalillah. Al Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat.

Tak sangka pertemuan singkat yang tidak seberapa pada bulan Februari lalu merupakan detik terakhir aku berjumpa dan berbual dengan arwah. Aku tahu arwah memang sakit, tapi tak tahu pula sampai membawa kepada kematiannya. Sedih dan terkesima sebentar.

Khabarnya ………apapun, ajal maut ditangan tuhan. Hanya Allah yang mampu membalasnya dan syukur arwah meninggal pada bulan mulia, Syaaban…hari jumaat.Penghulu segala hari.

Aku memperolehi berita ini pun pada pagi tadi, walhal arwah telah meninggal dunia pada jumaat malam. Kalau aku tahu awal, memang aku akan bergegas pulang ke kampung pada pagi tadi. Tak pa, mungkin mak aku ada alasannya yang tersendiri.

Alhamdulillah, aku sempat membacakan yasin dan sedikit tahlil untuk dihadiahkan kepada arwah secara sendirian dirumah pada petang tadi. Semoga pemberian dan hadiah aku ini diterima olehnya disana. Insyallah….

Aku terus melilau seharian nie cz mengimbau kembali kenangan saat saat bersama semasa kecil. Aku, abang aku dan arwah memang rapat semasa kecil. Even semasa sekolah menengah pun, aku selalu tumpang dia untuk pulang ke rumah. Aku adore akan sifat2 kreatif dan rajin dia. Dia memang disenangi oleh semua orang. Memang terkenal dan dikenali oleh ramai pelajar dan guru2.

Aku dan dia pulak, jarang bercakap sangat time bersama keluarga. Tak tahu, dah besar nie macam sama sama pendiam kot time bersama keluarga. Last2, kami makin jarang berbual atau hangout bersama time meningkat dewasa. Lagipun, sama2 belajar dan berhijrah jauh dari kampung.

Semoga rohmu, Abang Sairani bin Sharip dicucuri rahmat. Allah lebih menyanyangimu