30 April merupakan tarikh keramat bagi Syafiqah Basid. Manakan tidak, itulah hari dia dilahirkan di dunia hihi.
Sempena hari ulangtahun Syafiqah yang ke XX tahun, dia ada buat makan-makan di pejabat kami. Bersedekah dan memanjang-manjangkan rezeki katanya.
Pandai dan sedap betul rasa rasa masakan Syafiqah nie. Simple tapi teramat menyelerakan – Ketupat segera, Rendang Ayam, Sambal Telur, Kuah Kacang dan Pulut Kuning.
Ya Allah, serious sedap kesemuanya. Aku menambah 3 ke 4 kali okay! Peduli apa aku dengan ‘orang belakang’. Sedap sangat sampai lupa dan buat-buat tak endah akan orang belakang. Janji aku nikmati makanan yang enak ini. Sapa suruh lambat hihi.
Senang cerita, semua hasil air tangan yang dibawa sangat berasa. Tak cukup makan sepinggan… mesti nak berpinggan-pinggan.
Alhamdulillah syukur. Moga Syafiqah Basid ni sentiasa murah rezeki, panjang umur, elok budi pekerti dan bahagia sentiasa. Segalanya yang terbaik aku doakan untuk The Great Syafiqah Dengkil.