Sedapnya Rasa Mangga Harumanis Perlis

Aiyooo, tak sangka setelah sekian lama, aku dapat juga merasa keenakan rasa mangga Harumanis Perlis. Nauzubillah sedap yang amat hokey! Harganya mahal. Oleh sebab bos belanja average 1 kg lebih, jadinya dapatlah aku merasa 3 biji Harumanis Perlis yang sedap lazat dan harum baunya huhu.

Aku perhatikan, harganya semakin mahal. Jika dahulu purata harga pasaran adalah sekitar RM32 hingga RM35 sekilo. Sekarang ni harga mencecah RM40 sekilo. Busines manyak masyuk woooo.

Sebenarnya, agak susah nak dapat makan mangga Harumanis kat Lembah Klang nie. Banyak kali aku kena tipu. Beli mahal-mahal tapi akhirnya rasa tidak memuaskan. Sebab tulah kalau nak beli, aku akan beli dari program anjuran FAMA je. Lain-lain aku rasa was-was. Pernah juga beli online, rasanya pun tidak memuaskan. Kalau nak, baik beli terus dari gerai atau kedai. Senang…beli dan ngap terus.

Fakta Mengenai Mangga Harumanis

  • Pada 2 Ogos 2011, Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah mendaftarkan Mangga Harumanis Perlis sebagai harta intelek.
  • Mangga Harumanis terkenal kerana rasanya enak, lain daripada buah mangga yang lain. Mangga ini juga mengeluarkan bau yang sangat harum apabila betul-betul masak – isinya akan bertukar kepada warna oren kekuningan.
  • Mangga Harumanis hanya berbuah sekali sahaja dalam masa setahun iaitu sekitar penghujung bulan April hingga awal bulan Jun. Tempoh berbuah pula adalah sangat terhad, iaitu dari sebulan hingga sebulan setengah sahaja untuk setiap musim
  • Pokok Harumanis memerlukan musim kemarau dari Januari hingga Mac untuk berbunga. Tempoh ini juga dikenali sebagai “Stress Period”. Uniknya,mangga Harumanis hanya tumbuh di negeri Perlis. Banyak kajian dan eksperimen yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menanam mangga Harumanis di negeri lain, tetapi sehingga kini masih belum berjaya. Ada yang pokok berjaya tumbuh, tetapi tidak mengeluarkan buah langsung. Ada pula yang pokok pun tak tumbuh. Faktor-faktor ini membuatkan mangga Harumanis adalah unik dan berbeza daripada mangga-mangga lain di pasaran Malaysia, mahupun dunia.
Ciri-Ciri Buah Mangga Harumanis

Gred Buah Mangga Harumanis

  • Mangga Harumanis Gred AA atau A+ – Berat 500gm ke atas.
  • Mangga Harumanis Gred A – Berat 350gm hingga 500gm.
  • Mangga Harumanis Gred B – Berat 350gm.
  • Mangga Harumanis Gred C – Berat 350gm ke bawah.

Yang membezakan gred Harumanis hanyalah berat buah. Rasanya masih sama, atau kalau ada beza pun tidak begitu banyak.

Sumber: manggaharummanis.com

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI