Alamak, rindunya nak makan Kimchi Jjigae Seafood kat Sopoong, IOI City Mall Putrajaya. Bagi aku, hanya disini sahajalah aku dapat merasa Kimchi Stew terlazat di sekitar Kuala Lumpur. Tempat lain, aku tak pasti huhu. Rasanya pekat, masam, pedas dan panas. Auuuuuuwwwhhh memang sedap tatkala dimakan dengan nasi panas. Nyum nyum nyum
Nahhh, inilah rupa Kimchi Jjigae tu. Didatangkan dengan nasi putih dan 3 makana cumil-cumilan. Timun masam, pasta carbonara dan kimchi kot. Aku tak tau namanya. Just letak nama sendiri je pun hahaha. Aku dah merasa makan Kimchi Jjigae Seafood, Chicken dan Beef. Tapi antara ketiga-tiganya aku prefer Seafood. Sebab rasanya macam lain daripada lain kot. Bosan jugak kan asyik makan Chicken dan Beef je. Sesekali tukar selera lah pula. Kimchi Jjigae Tuna pula aku tidak pernah cuba. Macam pelik je makan ‘sardin’ kimchi. Haru biru dibuatnya.
Seperti biasa, tidak semua orang boleh dan suka makan Kimchi nie. Ada yang suka dan ada yang non ado. Oleh kerana aku agak tidak gemar makan sendiri, jadi, terpaksa ajak sesiapa teman makan. Kawan aku kali ini dia order nasi goreng macam dalam gambar tu. Rasanya pun not bad. Ada rasa ayam dan sayur-sayuran sedikit. Letak telur mata dan rumpai laut diatasnya. Not bad
Nah kau, alhamdulillah tiap kali datang sini, makan mesti habis. Yelah kan, sebab harganya agak mahal. Jadinya, aku hanya akan datang tatkala betul-betul mengidam dan lapar je huhu. Nyum-Nyum Nyum
Senarai Cawangan Sopoong
Boleh rujuk pada gambar tu untuk senarai cawangan Sopoong berhampiran. Tapi, dalam banyak-banyak tu aku tetap prefer Sopoong IOI City Mall Putrajaya.
- Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
- IOI City Mall Putrajaya
- The Starling Mall, Petaling Jaya
- MyTOWN Shopping Centre, Cheras Kuala Lumpur
- Melawati Mall, Ampang Selangor