Inilah dia kucing yang paling aku sayang. Nama dia Socky Batrisyah sebab warna bulunya ala-ala pakai stokin hihi. Baunya agak busuk tapi sedap. Aku suka.
Tak banyak karenah mana. Cuma kadar manjanya melampau-lampau. Suka mencakar-cakar (tanda sayang) dan cium mulut banyak kali.
Oleh kerana sayang yang amat, aku decided hantar dia kepada orang lain untuk dijaga. Sebab kesian, banyak sangat kucing. Risau tak dapat beri kasih sayang yang secukupnya.
Tapi, oleh kerana kawan yang jaga tu sambung belajar 2 tahun setengah di Jepun, makanya aku jaga dulu untuk sementara.
Manjanya tetap sama. Kekadang buat aku annoying juga. Tapi, tu lah kucing. Memang sifatnya manja huhu.