1. D2: Durian Dato’ Nina
Ia merupakan salah satu varieti durian yang paling awal didaftarkan dan sederhana popular. Varieti ini telah didaftarkan kepada ‘Variety National Listing’ Jabatan Pertanian pada tahun 1934 oleh pendaftar yang tidak dinamakan. Keistimewaan buah durian varieti Datok Nina (D2) adalah kerana buah ini mempunyai isi yang banyak. Ramai peminat durian tidak dapat bekalan varieti ini kerana agak kurang ditanam masa ini dan bilangan buah yang dihasilkan juga sedikit.
Tempat Daftar, Asal: Ayer Molek, Melaka
Tarikh Daftar: 1934
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar dan kulit berwarna gangsa
Isi: Tebal dan berwarna kuning keemasan
Rasa: Lemak manis
2. D7
Durian varieti D7 tidak mempunyai nama varieti kerana ia hanya mempunyai nombor pendaftaran sahaja. Durian D7 didaftarkan kepada Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 1934 yang mana pokok induk itu berasal pada masa itu berada di Batu 11, Jala Kajang, Selangor. Tangkai buahnya adalah panjang tetapi varieti ini mempunyai kualiti simpanan yang rendah atau mudahnya cepat rosak selepas ianya gugur.
Tempat Daftar, Asal: Kajang, Selangor
Tarikh Daftar: 1934
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, berbentuk oblong
Isi: Berwarna kuning
Rasa: Lemak manis
3. D24
Merupakan sejenis varieti durian yang sangat popular. Buah durian D24 tidak mempunyai nama khusus dan ia hanya dikenali dengan nombor daftarnya sahaja iaitu D24. Buahnya sederhana besar berbentuk bujur dengan warna kulitnya hijau muda. Ciri isinya adalah tebal dan berwarna kuning dengan rasa lemak manis dan sedikit pahit. Nyum nyum nyum
Tempat Daftar, Asal: Bukit Merah Reservoir, Perak
Tarikh Daftar: 30.11.1937
Ciri-Ciri: Terdapat ruangan pangsa tidak sempurna di tengah-tengah pangsa
Isi: Tebal dan berwarna kuning
Rasa: Manis, sedikit pahit dan lemak
4. D96: Bangkok A
Varieti Durian ini amat jarang dikenali oleh petani dan peminat durian di negara kita. Buah durian varieti ini mempunyai saiz buah yang sederhana besar dengan kulitnya berwarna gangsa apabila cukup matang.
Tempat Daftar, Asal: PPK Serdang, Selangor
Tarikh Daftar: 12.2.1955
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar dan berwarna gangsa apabila matang
Isi: Tebal dan berwarna oren
Rasa: Lemak manis
5. D99: Durian Kop Kecil (Thailand)
‘Kop’ adalah dalam bahasa Thai yang bermaksud ‘Katak’. Dikatakan, varieti ini dibawa masuk dari negara Thailand dan ditanam dibeberapa lokasi di Malaysia.
Tempat Daftar, Asal: Thailand
Tarikh Daftar: 17.6.1970
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar dan bulat tetapi dempak di tangkai dan di hujung buah
Isi: Sederhana Tebal dan berwarna kuning
Rasa: Manis dan iranya halus
6. D123: Chanee (jenis Thailand)
Varieti durian ini diimport daripada Thailand. Dari segi kualiti didapati ia mempunyai isi berwarna kuning keemasan. Apabila dimakan memberikan rasanya yang lemak manis dan berbau kuat.
Tempat Daftar, Asal: RIM Nursery, Sungai Buloh, Selangor
Tarikh Daftar: 14.7.1971
Ciri-Ciri: Buah besar dan panjang, kulit berwarna hijau keperangan
Isi: Berwarna kuning keemasan
Rasa: Lemak manis dan aroma yang kuat
7. D132: Durian Eddie Special
Varieti ini telah didaftarkan pada tahun 1973 oleh Pertab Singh daripada Rim Nursery, Sungai Buloh, Selangor.
Tempat Daftar, Asal: RIM Nursery, Sungai Buloh, Selangor
Tarikh Daftar: 28.3.1973
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, bulat, dan kulit berwarna hijau
Isi: Berwarna putih
Rasa: Lemak manis dan lembut teksturnya
8. D160: Durian Musang Queen / Buluh Bawah / Tekka / Chok Kiok
Durian Musang Queen adalah klon durian dengan kod pendaftarannya D160 berasal dari Banting, Selangor dan didaftarkan oleh pemilik asal pokok, Lim Hai Chua pada tahun 1987. Ciri khas durian ini dengan buahnya berbentuk seakan-akan simbol hati atau cinta, bulat lonjong, besar di atas dan kuncup di bawah serta lekukan pada pangsa.
Isinya berwarna krim kekuningan, tebal dan teksturnya halus pekat, manakala rasanya lemak manis, pahit dan bergas. Aromanya juga kuat, ulasnya besar dan empulurnya berongga, manakala kulitnya tipis dan mudah dikupas.
Tempat Daftar, Asal: Banting, Kuala Langat, Selangor
Tarikh Daftar: 30.6.1987
Ciri-Ciri: Buah bersaiz besar, bujur panjang
Ciri Khas: Terdapat ruangan di tengah-tengah pangsa berwarna oren
Isi: Berwarna kuning oren
Rasa: Sedikit pahit dan lemak
9. D168: Durian Mas Hajah Hasmah Mas Muar / IOI
Varieti ini juga dikenali sebagai IOI. ia telah didaftarkan oleh Hjh Hasmah Hj Hashim daripada Muar, Johor pada tahun 1989. Antara varieti yang banyak ditanam di Johor terutama di kawasan Muar, Tangkak, Jementah dan Kulai. Isinya sederhana tebal dengan rasa lemak manis dan sedikit pahit.
Tempat Daftar, Asal: Muar, Johor
Tarikh Daftar: 24.5.1989
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, bulat, dan kulit berwarna hijau perang
Isi: Berwarna kuning oren
Rasa: Lemak manis, sedikit pahit dan lemak
10. D197: Durian Musang King / Raja Kunyit / Mao Shan Wang
Dahulunya, varieti ini dikenali sebagai Raja Kunyit. Ia telah didaftarkan oleh Wee Chong Beng dari Tanah Merah, Kelantan pada tahun 1993. Pokok asal semasa bagaimana pun dipercayai berasal dari Muar, Johor sebelum ianya ditanam di Gua Musang, Kelantan dan kini meluas ditanam dengan meluas di Daerah Raub, Pahang.
Tempat Daftar, Asal: Tanah Merah, Kelantan
Tarikh Daftar: 9.12.1993
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, bulat, dan kulit berwarna hijau perang
Ciri Khas: Terdapat garisan bintang 5 yang ketara dibawah hujung pangsa
Isi: Berwarna kuning
Rasa: Manis, sedikit pahit dan lemak
11. D198: Durian Kim Hong / Golden Phoenix
Walau pun buah durian klon kim hong tidak terkenal dan semahal buah durian klon musang king atau buah durian klon duri hitam, tetapi ia mempunyai keistimewaan dan penggemarnya yang tersendiri. Ia tidak berasa muak apabila dimakan dan seorang penggemar boleh menghabiskan sebiji buah dengan sekelip mata.
Tempat Daftar, Asal: Batu Pahat, Johor
Tarikh Daftar: Mac 2013
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, bujur, pangsa yang nipis
Isi: Berwarna kuning pucat
Rasa: Manis, sedikit pahit dan lemak
Sumber:
- http://animhosnan.blogspot.my
- Hmetro