Pengalaman Menginap di Riverside Majestic Hotel, Kuching Sarawak

Cantik pemandangan sekitar Kuching Sarawak. Lebih-lebih lagi di pusat bandar. Kunjungan kali kedua ini dapat menginap di Riverside Majestic Hotel. Memang dekat amat dengan Sungai Sarawak. Seberang jalan je.

Pada asalnya pilih untuk menginap di Grand Margareta Hotel. Tapi apakan daya, sudah fully booked. Jadi, pilihlah memana pun.

Dari Airport menuju ke Hotel, kami naik Grab je. Sampai je, kami disambut mesra sedari dari pintu masuk hingga ke check in hingga ke bilik. Secara overall, layanan staff disini sangat okay.

Bilik luas dan selesa sangat. Harga pun tak lah mahal. Harga yang lebih daripada berbaloi. Agak imprezz sbb toiletries diorang ada pelbagai. Siap ada jarum/benang, bedak dan berus badan.

Tak sangka, ada bilik kosong lagi di aras 16. Pemandangan dari tingkap bilik pun menarik. Memang rezeki betul dapat oustation disini.

Macam mana pula dengan menu sarapan pagi disini? Agak sedikit pilihan menu disini. Tapi bagi aku, okay lah kot. Cuma agak sempit je ruangnya.

Aku pun sekarang tak makan banyak mana. Cukup seadanya. Alhamdulillah.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI