Kenapa Kucing Kerap Kencing?

Tindak tanduk yang mencurigakan oleh Xavier sekarang nie. Dia agak kerap kencing. Sampaikan satu peringkat, kelihatan tidak dapat menahan kencing. Akhirnya, kencing merata samaada di bakul raga dan tilam. Sentap. Walhal dia sudah dimandulkan.

Kenapa kucing kerap kencing? Ada 2 faktor yang menjadi punca masalah ini iaitu samaada kucing itu punya masalah kesihatan atau sikap kucing itu sendiri.

1. Jangkitan pada pundi kencing atau saluran kencing

Jangkitan pada saluran kencing merupakan petanda kepada masalah seperti penyakit batu karang. Cuba tengok ada darah atau tidak pada kencing kucing itu.

Jamgkitan pada pundi kencing pula selalunya berpunca daripada jangkitan bakteria dan pemakanan yang tidak seimbang. Kucing akan menjilat-jilat kemaluannya dengan lebih kerap.

2. Penanda

Adakalanya kucing kerap kencing adalah kerana sikap dia sendiri. Biasanya, kucing jantan akan kencing merata sebagai tanda kawasannya agar tidak dicerobohi oleh kucing lain.

3. Penyakit Buah Pinggang

Ia berpunca daripada kegagalan buah pinggang untuk berfungsi akibat faktor usia atau trauma yang mendadak. Antara tanda penyakit ini ialah kerap kencing, kemurungan, bau mulut yang busuk, muntah dan sawan.

4. Tidak Boleh Tahan Kencing

Kerap berlaku kepada kucing yang telah lanjut usia atau yang alami trauma.

5. Penyakit Kencing Manis

Ia berpunca daripada keturunan, usia yang lanjut atau berat badan. Antara tanda-tanda kucing alami penyakit ini ialah kerap minum, tidak bermaya, muntah-muntah dan berat badan menurun.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI