Sejak sambung belajar di UiTM Shah Alam, aku mula belajar erti berdikari. Banyak perkara yang aku belajar. Antaranya ialah betapa popularnya kuih tepung pelita ini di bulan Ramadan. Laku keras hahahahaha.
Tepung pelita paling laku ialah dari Paya Jaras. Sokmo nampak orang letak perkataan ‘paya jaras’ ini kalau mereka jual tepung pelita. Tak tahu kenapa.
Tapi, kalau pergi bazaar atau mengirim orang suruh tolong belikan, aku memang akan cekau kuih tepung pelita. Rasanya sedikit manis dan simple. Tidak terlalu berat dan rasanya pun sedap huhu. Harga pula, faham-faham sendiri lah. Dari tahun ke tahun makin mahal. Tak tahulah apa sebabnya. Hahaha.
Orang tengah lapar, semua benda nampak sedap. Sebab itulah aku malas nak pergi bazaar ramadan. Makan seadanya sahaja. Agak-agak malas nak masak, aku makan je kurma dan solat maghrib dahulu kemudian baru keluar cari makan.
Misi kuruskan badan katanya huhu