TANJUNG JARA BEACH RESORT – PART 1

Aku berpeluang pergi berjalan-jalan ke Dungun dengan pakej penginapan di Tanjung Jara Beach Resort. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar di sepanjang perjalanan aku ke sana. Ini bukan kali pertama aku pergi ke bumi dungun. Semasa belajar di UiTM lagi aku sudah banyak kali ulang alik Shah Alam – Dungun. Jadi, boleh dikatakan tak lah teruja sangat. Aku lebih beranggapan kedatangan aku ini lebih kepada ‘sirih pulang ke gagang’. Masakan tidak, dulu semasa belajar memang pantang ada cuti sahaja memang aku akan datang ke dungun, terengganu. Kenangan Lalu Menusuk Kalbu

Aku sampai dungun lebih kurang pukul 5.30 pagi. Kami terpaksa berjalan kaki menuju ke Tanjung Jara Beach Resort semata mata kerana kawasan resort tu sedikit jauh daripada jalan besar. Sambil sambil itu, kami sempat lagi cat-walk 1 km dan posing-posing ambil gambar haha

Tanjung Jara Beach Resort Dungun Terengganu
Tanjung Jara Beach Resort Dungun Terengganu
Suasana dan keadaan resort ini memang bertemakan ala-ala kampung. oh, aku orang kampung dan memang duduk di kampung. Jadi, boleh dikatakan aku tak terlalu teruja dengan semua ini. Apa yang aku teruja adalah pantai semata-mata. Tidak sabar rasanya untuk merasa air masin. pengsan
Tanjung Jara Beach Resort Dungun Terengganu
Tanjung Jara Beach Resort Dungun Terengganu
Tanjung Jara Beach Resort Dungun Terengganu
Tanjung Jara Beach Resort Dungun Terengganu
Tanjung Jara Beach Resort Dungun Terengganu

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI