MAKAN MAKAN RAMADHAN

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah, dapat aku berjumpa lagi dengan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Insyaallah, akan sentiasa menambahbaik diri ini kearah yang diredhai Nya.

Hairan aku sebenarnya cz makin besar. . dewasa, aku makin kurang makan. Normalkah ini? Aku anggap normal kot cz metabolisma manusia makin lama makin berkurangan. Makin kurang lagi untuk orang yang malas / jarang bersenam macam aku.

Semasa kecil hinggalah kepada zaman belajar di Shah Alam dulu. . tiap kali buka puasa sahaja, mesti penuh juadah makanan depan mata. Ada pelbagai jenis lauk pauk dan minuman. Nasi atau roti jala atau soup atau mee goreng atau kuih muih atau char kuew tiaw. . . pilih saja mana satu. Betapa banyaknya aku makan. At least ada 3 jenis juadah – main dish, kuih muih dan 1 menu tambahan spt roti jala etc. Hahaha. . . Roti jala is my fav food. Hampir tiap kali berbuka memang aku akan makan roti jala. Tapi memang susah nak dapat yang sedap cz jarang2 ada orang yang boleh buat kuah kari nya yang lazat dan sedap tu secara consistant. Nyum nyum.

Tapi kini semuanya seakan berubah. Makin lama aku makin kurang makan. Makan sedikit je mesti akan kenyang dan tak selera nak makan makan lagi. Oh! Sedih. Usia makin meningkat kot hahaha.

Its good what untuk kesihatan aku. Lebih choosy dalam pemilihan makanan. Lagipun kene jaga badan. . Mesti mahu maintain badan dan kecomelan aku. Pengsan

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI