TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

Hampir 5tahun setengah aku belajar di Shah Alam. Buminya melayu yang amat. Boleh dikatakan membangun dek kerana kewujudan Kampus Utama UiTM ini . Mana taknya, UiTM kan universiti terbesar di Malaysia? Daripada Kampus Utama UiTM inilah terbentang luas sumber – sumber rezeki dan peluang-peluang perniagaan untuk menampung keperluan dan kemahuan warga Shah Alam atau lebih tepat lagi, warga UiTM Dihati Ku ini. Pengsan…

Setiap kali aku datang Shah Alam, mesti ada sahaja pembaharuan dan pembangunan yang dibuat disini. Makin senak dan sesak aku tengok. Aku boleh bayangkan akan kesesakan di kawasan sini khasnya pada waktu pejabat. Walaubagaimanapun, kesesakannya taklah seteruk KL. Bagi aku, masih boleh diterima lagi.

Di sini terdapat Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) atau dahulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia (TPM). Aku difahamkan taman botani ini adalah yang terbesar didunia dengan keluasan hampir 800hektar. Aku sendiri pernah mengikuti trip masuk ke dalam hutannya. Memang mencabar dan indah. Tak sangka, ada lagi hutan di Lembah Klang ini 🙂 Aku perhatikan, kebanyakan pengunjung yang datang kesini kebanyakkannya adalah student UiTM dan kaum cina.

TBNSA ini cantik dan aku yakin jika dipolish/disuntik dengan modal sedikit,pasti akan lebih cantik lagi. Boleh dimasukkan ke dalam pakej dan tempat wajib untuk dilawati oleh pelancong asing. Hutan dalam bandar..kalau kene dengan caranya mesti popular dan boleh mendapat keuntungan berlipat kali ganda.

Di TBNSA ini juga ada 10 buah rumah penginapan dengan kapasiti yanh moleh memuatkan 10orang bagi setiap rumah. Pengunjung juga boleh menyewa tapak untuk perkhemahan dan aku difahamkan mereka turut menyediakan perkhidmatan sewaan khemah. Menarik bukan? Berjambori dalam hutan semulajadi dalam hutan batu.

Disini juga ada rumah 4musim hasil daripada idea kreatif Tun Dr Mahathir. Aku difahamkan tanah yang ada dirumah ini diimport dari Australia. Jadi, no wonderlah jika rumah ini ada 4 musim. Aku rasa, inilah daya tarikan utama disini.. Tak mampu nak pergi oversea main salji, pergi sini pun jadi lah.Rumah 4musim yang juga dikenali sebagai RISEM ini telah diiktiraf oleh Malaysian Book of Record sebagai fasiliti pertama dan satu satunya di Malaysia. Malah mungkin yang pertama didunia dengan kemudahan fasiliti dan penggunaan teknologi persekitaran terkawal bagi menghasilkan suasana 4musim.

Bagi mereka yang mahu terbang-terbang atau panjat pokok atau tembak tempak, di TBNSA juga ada disediakan Skytrex dan Painball. Aku tak pasti berapa ratenya, tapi kira OK la tu kot. Aku sendiri telah mengikuti rombongan media untuk melihat sendiri apa yang ada di Skytrex ini. Memang menarik dan gayat haha. Harapnya, suatu hari nanti aku akan berkelapangan untuk merasai kegayatannya itu. Ramai mereka mereka yang datang sini aku lihat puas hati dengan service yang ada. Nampak sangat mereka berpuas hati. Mat salleh pun ada jugak 🙂 Suatu pengalaman yang aku ingin rasai.

Disini juga disediakan service sewaan basikal dgn kadar sewa yang aku rasa berpatutan. Memang sesuailah untuk aku yang memang suka berbasikal ini. Sambil berbasikal sambil berangan – habit masa kecil dulu 🙂