UNIFI 102004

Unifi kat rumah aku macam asyik bermasalah sahaja sejak kebelakangan ini. Aku ingat service unifi ini lebih baik daripada streamyx. Tapi macam lebih teruk je. Selain daripada capaian intetnet yang lebih laju. . . Apa lagi yang boleh dibanggakan?

Pertamanya, katanya capaian internet atau tv tidak akan terganggu tatkala hujan. Ahhh. . .omongan sahaja. Aku tengok kalau hujan lebat sedikit, pasti akan ada sahaja masalah internet connection yang berlaku di rumah aku. Mungkin janji mereka itu hanya mencakupi hujan renyai renyai kot.

Keduanya, kekadang kalau aku tengok tv dan pada masa yang sama aku pun guna internet via wayar. . .connection pada tv akan jadi stuck / tersekat sekat. Aku sebenarnya jarang jarang guna internet via wayar. Lebih banyak guna wifi je. Tapi average paparan tv tersekat sekat tiap kali aku guna internet via wayar + tgk tv adalah area 2 per 5. Ini anggaran peribadi aku untuk situasi aku sendiri. Orang lain aku tak tahu. Take note.

Ketiganya, aku ada buat report untuk teknikal problem pada penghujung bulan 6 yang lepas. Alhamdulillah, pagi report dan dalam tengahari tu technician datang rumah. Lama jugak lah diperbaiki. Nampak macam susah sahaja nak solve the problem. Kesian plak tengok. But now, awal bulan 8 nie. . Aku menghadapi masalah yang lebih kurang sama. Aku tidak boleh buat panggilan + tidak boleh tgk tv + tidak boleh surf internet.

Error code ialah 102004

image
masalah unifi

1st report, cust service itu kata technician keje halfday pada hari sabtu dan bercuti pada hari ahad. Dan tadi untuk 2nd report pula. . Cust service itu kata technician ok je boleh dtg rumah at anytime via appointment. Macam kurang yakin dengan penjelasan beliau.

Katanya dalam masa 24 jam technician akan call untuk buat appointment. Aku call tadi area pukul 10 pagi. . . Nak tengok esok ada orang call atau tidak sebelum pukul 10 pagi. Nak tahu juga kalau ada org call appointment akan dibuat pada hari itu juga atau pada.hari bekerja. Pengsan

Yang penting, aku hadapi masalah macam ini tiap kali hari sabtu. Average.

Oh. . . Pengsan. Stuck dirumah tanpa tv dan intetnet.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI