MANDIKAN KUCING PARSI

Baru sahaja mandikan cici semalam petang. Lama kot tak mandikan dia. . .almost 1 bulan lebih rasanya. Aiyooo. Tapi doktor di Hospital Veterinar Universiti pernah bagitahu kalau kucing tu jarang keluar n duduk rumah je. . . Tak perlu mandi kerap sangat. Bukannya kotor pun.Logik jugak tu huhu

Kenapa perlu mandikan kucing parsi?

image
kenapa perlu mandikan kucing

Pertamanya, sudah tentu mahu pastikan kucing peliharaan kita itu bersih dan wangi. Pengsan. Kucing aku si cici ini memang akan dimandikan sekurang kurangnya 2minggu hingga 1bulan sekali. Apa yang menariknya, kucing aku kat kampung tu memang tak pernah dimandikan. Hahaha. . Penjagaan baka kampung tidak serumit baka parsi.

Keduanya, kita boleh trace mana mana kulit kucing yang bermasalah. Sambil sambil menggosok badan + bulu bulunya itu. . . Mesti tetperasan punya mana mana bintik merah atau kesan cedera pada kulit. Selalunya cedera cz dia cakar diri sendiri. Kene potong kuku gamaknya

image
Cici busuk

Ketiganya,untuk kutu. Kutu kucing khabarnya namanya kutu babi hihi. Memandikannya adalah salah satu cara. Lepas tu pandai pandailah letak ubat kutu pada badannya.

Keempat, untuk membuang bulu bulu mati yang melekat pada kucing. Nak nak kucing parsi yang berbulu panjang dan lebat. Pantang sebaik sahaja kering, try sikat bulu bulu pada badan atau ekor kucing. Ohhhhh…sangat banyak OK. Lagi lagi kalau lama tak mandikan kucing tu. Memang masyuk je. Pengsan

Kesemua 4 perkara yang aku nyatakan diatas ini hanyalah based on pengalaman dan pengetahuan aku. Pendapat peribadi. Lain kucing lain ceritanya.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI