PANTUN USRAH

Lama kot aku tak update blog. Hurmm, lepas ini aku setting update by schedule. At least, mykeledek akan ada new entry tiap hari. Pengsan.

Pagi ini buka sahaja Facebook, aku terjumpa beberapa rangkap pantun usrah di salah satu page yang aku LIKE. Sesuai dengan tema ramadhan. Lets

Tangan dihulur salam disambut
Sepekan sekali bersua muka
Hati merindu mulut menyebut
Tanda ukhwah sudah terbina…

Mekar bunga pelbagai warna
Cantik menghias taman larangan
Pelbagai ragam pelbagai gaya
Di halaqah usrah Allah temukan…

Bunga teratai bunga idaman
Mawar merah jadi igauan
Pembuka tirai memohon keberkatan
Dengan al-fatihah kami mulakan…

Pinggan disusun lauk dihidang
Diselang seli sayur-sayuran
Kata disusun ayat dikarang
Penyeri muqaddimah alu-aluan…

Ayat cintaNya penuh rahsia
Terkadang tak terjangkau akal fikiran
Tafsir dibaca menyelam makna
Itulah sesi tadabbur Quran…

Menyahut seruan memberi peringatan
Tak sanggup menjadi golongan yang rugi
Tazkirah pula kami sampaikan
Suka diselit cerita analogi…

Melangkah ke sesi penyampaian bahan
Ilmu dikongsi bersama dikaji
Semoga bermanfaat tambahan bekalan
Tidaklah kosong di sana nanti…

Berita terkini lagi sensasi
Tajuk akhbar penuh seruangan
Mana yang betul mana yang pasti
Isu semasa jadi perbincangan…

Tibalah masa yang dinantikan
Curahan rasa, masalah dan pengalaman
Setelah terpendam selama sepekan
Di sesi qadaya kami luahkan…

Hampir sampai ke penghujung
rancangan
Mutabaah amal borang semakan
Mana yang kurang kami tambahkan
Mendidik diri memperbaiki amalan…

Masa berlalu tiada terasa
Tiba masanya menutup bicara
Hati sayu tiada terkata
Sepekan lagi kita berjumpa…

Surah al-’asr bukan penamat
Tasbih kafarah menghapus dosa
Segala ilmu jadi azimat
Semoga tak rebah di pintu dunia…

Dari kampung turun ke kota
10 minit naik keretapi
Walau sepekan tiada bersua
Jauh di mata bukan dihati…

Mahal-mahal si ikan bawal
Mahal lagi ikan tenggiri
Tingkatkan amal tambahkan bekal
Pesanan untuk diri sendiri…

Musim sejuk berlalu sudah
Musim bunga jadi pengganti
Maaf segala silap dan salah
Mohon saya mengundur diri…

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI