Assalamualaikum
Dahulu, tiap kali raya..salah satu isu dan berita hangat yang dipaparkan ialah betapa banyaknya kad-kad raya yang dihantar via POS Malaysia or mana mana company pos yang lain. Gigih media massa bagi liputan sana sini. Tapi sekarang? None ado
HANTAR KAD HARI RAYA
Aku jenuh sebenarnya dok menunggu kad raya yang aku hantar tak sampai lagi kepada orang aku hantar. Mana taknya, rasanya dah hampir seminggu lebih kot. Tetap tak sampai-sampai. Bukan jauh mananya. Aku tahu lambat macam ini, memang guna Pos Laju je. Hari ini hantar, esok lusa memang terus sampai.
Lambatnya
Adakah semua ini dek kerana harga setem yang aku gunakan ialah RM0.60? Pengsan. Dulu – dulu, rasanya RM0.20 sampai ke destinasi area seminggu lebih je kot. Aku rasa, faktor sampai lambat inilah kot yang menjadi salah satu sebab kenapa tradisi penghantaran kad raya semakin ditinggalkan. Orang zaman sekarang kan makin lama makin tak sabar. Mana taknya, semuanya hanya dihujung jari je. Bukan lagi di dalam Peti POS. Take note
Eh Aku salah hantar ke? Salah alamat ke? Salah nama ke? Salah masuk peti ke? aiiii banyak betul persoalan.Nasib baik penghantaran kad raya ini berjiwa klasik + romantik haha. Itu yang aku gigih hantar tu. Rasa macam nak hantar kad raya jugak kat Cici Esmidar Gonzales je ahaks
Apapun, penantian suatu penyiksaan. Pengsan 10 kali