MR KABAB DAN NASI BIRYANI

Aku berbuka di Restoran Mr Kabab & Biryani semalam. Itupun aku pergi pukul 8.30 malam camtu. Malas nak bersesak dengan orang time waktu berbuka. Huhu. . . Tapi sebelum itu aku berbuka dahulu dengan lemang yang dicicah dengan kari ayam dan rendang tok. Kari ayam tu aku masak sendiri. Rendang tok tu aku beli. . Hihi aku tak reti masak daging. Tak minat sangat

image

Makan kat restoran macam ini tak boleh selalu sangat. Kalau ko banyak duit & tak kisah dengan berat badan, boleh lah. Huhu. . .

Aku mengenali masakan arab ini daripada rakan office yang secara tiba tiba mengajak aku makan di Restoran Saba Cyberjaya. Cerita 2 tahun lepas haha. Time tu rasanya restoran ini sahaja kot yang menyediakan masakan daripada timur tengah di kawasan Cyberjaya dan Putrajaya ini. Tapi sekarang tengoklah. . Tumbuh bak cendawan sana sini.

image

Restoran Mr Kabab and Biryani ini terletak di Precint 15 Putrajaya. Dekat lah juga dengan tempat tinggal aku sekarang. Penuh je memanjang orang kat sini. Masyuk je orang tu. Makin lama aku tengok lot restoran ini makin bertambah. Business maju gamaknya. Huhu

Apa yang aku makan semalam? Seperti biasalah kot, aku order ayam tandori dan juga roti nan cheese. Kawan aku pulak order Mandy rice – ada ayam didalamnya. Pusing pusing, aku tengok nasi arab ini lebih kurang je kot. Yang membezakannya ialah cara masakan ayam tu. Kabsyah or hanith or roasted or mcm2 lagi. Cara masakan nasinya sama je kot. Betul ke?

image

Nyum nyum. . .sedapnya makan benda alah ini. Huhu lembut dan yummy yummy.

image

image

image

Yang penting, roti nan cheese nya sedap. Lembut dan memang terasa cheese nya. Hebat

image

Dek kerana aku pergi malam, so aku order teh arab r. Rasanya pun lain daripada lain. Tapi kalau pergi makan kat Restoran Saba Cyberjaya, aku mesti order orange jus nya. Memang terbaiklah!!!

Total up untuk ayam tandori + roti nan cheese + mandy rice + teh arab + banana jus ialah sekitar RM37 lebih. Korang rasa berbaloi tak? Plus minus macam makan kat restoran makanan segera je kot – like nandos etc. OK kot

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI