Permainan Sepak Bulu Ayam merupakan antara permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai sebuyam atau chapteh.
Ada pendapat menyatakan permainan ini berasal dari China dan namanya dikenali sebagai chien tsu. Masyarakat Malaysia telah mengasimilasikan permainan ini dan menamakannya chapteh atau sepak bulu ayam atau sebuyam.
Permainan ini juga sebenarnya popular di negara luar seperti Filipina, Singapura, Indonesia, Amerika, Kemboja, Sweden, Belanda dan beberapa buah negara lagi.
Biarpun nama permainan itu berbeza mengikut negara masing-masing tetapi kaedah dan konsep permainannya seakan-akan sama dan rupanya juga mirip permainan sepak bulu ayam yang terdapat di negara ini.
Berikut merupakan nama panggilan permainan ini di beberapa negara:-
- USA – kikbo
- Vietnam – ?á c?u
- Malaysia – sepak bulu ayam atau chapteh atau capteh
- Singapore (and SE Asia) – chapteh or capteh or chatek
- Japan – Kebane
- Korea – jegichagi or jeigi (to most Koreans known as sports only for children)
- Indonesia – bola bulu tangkis or sepak kenchi
- Philippines – larong sipa
- Macau – chiquia
- India – poona
- Greece – Podopterisi
- France – da câu or plumfoot or pili
- Poland – zo?ka
- The Netherlands – “Voetpluim” or “voet pluim” or “Jianzi”
Menyingkap kembali sejarah permainan sepak bulu ayam ini, tiada tarikh khusus yang menyatakan bila permainan ini mula bertapak di negara ini namun daripada sejarah lisan dan kajian golongan pencinta seni budaya, permainan ini telah wujud di negara ini sejak sekian lama dahulu.
Di beberapa daerah di negeri Johor umpamanya, permainan ini dikenali dengan nama ‘sepak yem’ dan sangat digemari kanak-kanak lelaki sejak di bangku sekolah lagi.
Alat yang digunakan dalam permainan ini ialah serangkai empat helai bulu ayam yang diikat di atas sekeping kertas tebal atau sekeping getah yang berukuran dua inci garis pusat.
Biasanya kanak-kanak lelakilah yang suka benar dengan permainan ini. Lebih menarik kerana permainan ini sesuai dimainkan bila-bila masa sahaja. Biasanya waktu petanglah yang sesuai untuk bermain. Dari segi pemilihan tempat pula, seelok-eloknya biarlah kawasan lapang agar pergerakan pemain tidak terbatas.
Permainan ini lebih menekankan kemahiran menimbang bulu ayam dengan kaki. Memandangkan permainan ini merupakan perlumbaan mengutip mata, pemain akan menimbang bulu ayam sekerap yang mungkin tanpa menjatuhkannya ke tanah. Semakin tinggi jumlah timbangan, semakin terserlahlah kemahiran si pemain. Jadi, si pemain mesti pantas pergerakkan kakinya.
Sekiranya ia dimainkan lebih dari satu pemain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk.