Senarai Menu Makanan Di Pak Putra Restaurant

Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah, setelah beberapa bulan tidak singgah makan Roti Naan Cheese tersedap di Malaysia. Akhirnya hari ini dapat juga aku makan di Pak Putra Cheese Naan & Tandoori Chicken Restaurant. Secara peribadi, lebih sedap berbanding RSMY.

Selain Roti Naan dan Tandoori Chicken, menu apa lagi yang popular dan sedap? Macam aku, sudah semestinya Chicken Hyderabad sebab kuah yang berlemak dan pedas. Selalunya aku memang akan order bersama dengan double cheese naan.

Kawan aku pula dia order Chicken Bombay dan double cheese naan. Tadi, nak je order tandoori chicken. Tapi takut tak habis dan senak perut. Next time je lah. Sejak lari nie, perut makin kecil gitewwww ahaks.

Naahh, aku siap snap buku menu makanan yang ada disediakan di Pak Putra Restaurant ini. Untuk rujukan masa hadapan. Senang nak rujuk balik.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI