Alhamdulillah, minggu ini aku berjaya habiskan kerja luar dengan penuh jaya. Dok mengikuti kawan untuk penggambaran video usahawan berjaya sekitar Alor Gajah. Secara kebetulan, minggu ini aku tiada larian. Lupa, rupanya aku hanya daftar 2 acara sahaja untuk bulan November ini. Tak tahu kenapa. Mungkin time aku shopping acara larian tempoh hari, duit tak berapa nak lebih kot huhu.
Jadinya, lepak rumah sahaja lah agaknya untuk hujung minggu ini. Insyallah kalau petang ini cuaca helok, boleh beriadah sedikit di Putrajaya.
Pepagi buta pergi beli barang basah di kedai runcit di Bukit Mewah Kajang. Beli udang besar , mempelam, halia, sawi dan cili padi. Total harga hanya RM15 sahaja.
L
epas tu, terus aku berkentang kentung didapur masak menu makan tengahari – Tomyam Kung, Sawi Tumis, Mempelam dibuat ulam dan Telur Masin.
Kali ini aku buat lain sikit untuk Tomyam Kung – letak santan, cili padi dan cendawan tiram kelabu. Apabila masam, pedas dan lemak bersatu…wow alhamdulillah sedap rasanya ahaks.
Semakin hari, semakin bijak memasak tomyam. Air sedikit je. Selama ini aku bubuh air selambak. Tu yang tak sedap mana hahaha. Haaaa jenama pes tomyam ini pun baru pertama kali aku guna. Terpaksa back to back masak tomyam sebab nak habiskan cepat.
Satu pes untuk tomyam kung dan satu pes lagi untuk tomyam biasa.