Tamat Sudah Semester 2

Alhamdulillah, hari ini (19 Disember 2019), secara rasminya kelas terakhir untuk semester 2 telah tamat. Cumanya, hanya perlu hantar 2 assignment (quiz) dan akhirnya perlu menduduki 3 peperiksaan akhir dalam masa 2 minggu dari sekarang (lebih kurang).

Tahun ini aku ambil subjek Oranizational Communication, Communication and Decision Making & Theory and Practice Corporate Communication. Alhamdulillah, sepanjang penyajian untuk semester 2 ini kesemuanya berjalan lancar. Harapnya, kesemua diterjemahkan dengan keputusan yang memukau jua haha.

Ohhh ya, tahun lepas aku dapat 3.8 lebih (tak ingat nilai perpuluhan) Sebab dapat 2 A dan 1 B+. Alhamdulillah syukur. Harap tahun ini boleh peroleh A untuk kesemua subjek. Paling tidak pun A – untuk satu subjek jarang orang dapat A itu hihi.

Seperti biasa, konsep mudah untuk berjaya dalam Master ini ialah pertamanya pemilihan (giliran) tenaga pengajar yang betul. Ada subjek yang tiada pilihan (hanya seorang tenaga pengajar sahaja) dan ada subjek yang diajar secara bergilir oleh tenaga pengajar tertentu. Ikut nasib. Perlu redha dan tabah menghadapinya hahahaha. Kekal positif walau apa jua yang dihadapi. Rajin-rajin bertanya dengan senior.

Go Go Chaiyok. Perlu siap sedia untuk menduduki peperiksaan yang back-to-back. Tarikhnya adalah selang 2 hari bagi setiap subjek. Seriau memikir.

Doakan kami semua dapat menjawab soalan dengan baik. Moga keputusan yang diperoleh adalah A kesemuanya. Insyallah aminn

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI