Borong Pine Wood Cat Litter Kucing

Aku antara penggemar pasir kucing jenis – Pine Wood. Sebab sesuai dengan kondisi rumah bertingkat tapi tetap gigih mahu membela kucing. Pasir kucing jenis Pine Wood ini boleh di flush di tandas. Tidak sama macam pasir kucing biasa yang mengeras apabila terkena air.

Ada dua tempat je yang aku beli untuk pasir kucing ini – di kedai kucing Jalan Reka Kajang Bangi atau Melaka. Harga sekitar RM60 untuk 20 kilo. Kekadang dapat lebih murah waktu promosi. Selalu beli sekitar 3 hingga 5 pack untuk buat stock. Malas nak berangkut banyak kali. Boleh buat stock sehingga setengah tahun lebih hahahaha.

Normally untuk 20kg boleh guna antara sebulan setengah ke dua bulan macam tu. Bergantung kepada selera makan anak-anak kucing.

Apapun, aku memang sudah lama guna pasir kucing jenis ini. Puas hati dan sesuai untuk situasi aku huhu. Pelbagai jenama pasir kucing jenis pine wood. Banyak kali tukar atas faktor kualiti dan harga. Setakat ini. pine wood yang tidak berjenama inilah yang terbaik hahaha. See, dia bungkus dalam guni putih tanpa letak jenama. Betul lah tu. Tahi kucing tidak mengenal apa itu jenama. hahahahaha

Hairan, dahulu kedai kucing di Jalan Reko Kajang Bangi ini namanya Dewi Petshop. Tapi sekarang tukar kepada Farhan Pet Store. Agaknya tukar pemilikan kot. Apapun, tengok gaya harga sama dan data ahli pun tetap ada. Alhamdulillah tetap murah dan pelbagai sama seperti dahulu.

Ada beberapa kedai kucing favourite yang selalu aku pergi. Disini adalah antara yang akan aku pergi untuk beli pasir. Sayang, sebab disini tak jual jenama makanan kucing Dormeo’s. Kalau tak senang, dekat je nak pergi beli.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI