Tanam Pokok di Rumah Bandar Tasik Senangin

Aku baru tahu bahawa rumah yang aku di ‘Albury’ rupanya terletak di Bandar Tasik Senangin. Bukannya ‘Mahkota Hills’ atau ‘South Semenyih’ seperti yang dicanang dan diiklankan oleh pemaju dahulu. Lokasinya ialah LENGGENG NEGERI SEMBILAN. Bukan di NEGERI SELANGOR. Bahkan dalam alamat surat menyurat pun tiada sepatah perkataan ‘South Semenyih’ atau ‘ Mahkota Hills’ sekalipun haha. Pengsan.

Apapun, sudah beberapa tahun memiliki rumah ini. Hajat dihati mahu sahaja ubah suai sana sini. Tapi, apakan daya setakat ini hanya mampu buat pagar di tingkap dan pintu serta buat awning. Itupun kosnya sudah mencecah RM800 (awning) dan RM2700 (grill). Aku gunakan duit bonus untuk menampung kos penambahan ciri-ciri keselamatan ini. Alhamdulillah rezeki. Sesak nafas juga mahu membayarnya sebab aku pun kena bayar duit yuran pengajian. Gigih berjimat.

Next step, hajatnya mahu tambah langsir. Tapi, pada msa yang sama seperti memerlukan PC baharu. Wajib ada untuk melancarkan lagi urusan business online adsense aku. PC sedia ada menggunakan Window 7. Pihak Microsoft telah keluarkan kenyataan mereka tidak lagi menyokong sistem operasi ini. Itu yang sedang berfikir panjang mahu utamakan yang mana dahulu.

Apapun, rumah masih perlu untuk dilawati. Jadinya, mulakan dengan menanam pokok ulam-ulaman yang selalu aku guna dan punya khasiat tersendiri. Pasu aku beli di Kedai ECO RM2.10. Banyak jenis aku beli. Manakala tanah hitam pula aku beli di Tesco Semenyih dan Kedai ECO – RM2 dan RM2.10 tiap satu.

Secara kebetulan, semalam aku pergi ke Pasar Tani MAEPS Serdang atas tugasan rasmi. Ada pula yang menjual anak pokok ulam-ulaman / buah-buahan etc. Apa lagi, aku terus memborong memana jenis pokok yang berkenan dihati. Aku beli anak pokok ulam raja, belalai gajah, pegaga, limau, kunyit dan bayam brazil. Sempat juga beli umbisi kencur / cekur. Tapi, aku lupa mahu tanam. Aiii, tak ada rezeki nampak gayanya.

Insyaallah akan lebih banyak lagi tanaman yang selalu aku gunakan di dapur untuk ditanam disini. Sekurang-kurangnya ada ‘penghuni’ rasmi yang menduduki rumah aku di sini. Doakan murah rezeki untuk beli langsir dan pasang lampu/kipas.

Tiap minggu bolehlah aku petik. Harapnya hidup suburlah walaupun aku hanya melawat seminggu sekali. Insyaallah. Lepas ini tak perlu membeli ulam diluar. Tanam sendiri je pun ahaks

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI