Jenama SIMPLE merupakan antara jenama kepercayaan aku. Produknya memang terbukti selamat dan sesuai untuk aku. Walaupun aku berkulit kombinasi, tapi aku lebih selesa memakai produk jenama ini khususnya untuk tujuan cleansing (form atau gel). Banyak juga produk jenama ini yang aku gunakan sebelum ini. Sejak dari zaman universiti lagi. Bahan yang digunakan adalah selamat dan okay untuk aku.
Baca: Acwell Licorice Toner Review Malaysia
Kawan pejabat aku sebelum ini macam-macam produk dia gunakan. Konon sesuai digunakan walaupun untuk kulit sensitif. Tapi, hasilnya non-ado jua. Aku cadangkan dia untuk gunakan produk ini. Alhamdulillah, berkesan dan sesuai untuk dia. Bagi aku, produk mat salleh ni jarang menipu. Mau kena kecam dengan netizen mereka.. hahaha
Berbalik kepada Simple Smoothing Facial Scub ini, ia didatangkan dengan ‘rice granules’. Bijian beras kot dalam bahasa melayunya. Aku beli pek bersaiz kecil. Sebab penggunaannya pun sekadar 1 hingga 2 kali seminggu. Pek pula boleh pakai sehingga setahun (selepas dibuka). Tak adanya aku nak beli pek yang besar. Bosan kot guna pek yang sama lama sangat. Harga murah je rasanya nie. Sangat mampu milik. Jenama ini mudah didapati dimana-mana drugstore. Macam aku, paling hampir, Watson je lah.
Bagi aku, walau apapun, scub muka itu perlu buat juga. At least seminggu sekali. Jangan berlebihan sebab ia boleh menyebabkan kulit menjadi nipis dan akhirnya rosak.
Kebaikan Scrub Simple
Scrub wajah memang penting untuk exfoliate muka kita daripada sel-sel mati. Sel-sel mati ni yang menyebabkan muka kita gelap dan kelihatan kusam yang boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan mengakibatkan jerawat.
lepas scrub sangat sesuai untuk kita pakai serum atau essence sebab ia akan meresap dengan lebih berkesan lagi. Katanya. Kulit muka pasti akan terasa lebih licin selepas menggunakannya.
Tips Memilih Scrub
- Pilihlah scrub yang tidak terlalu kasar pada kulit
- Elakkan scrub yang mempunyai bahan seperti paraben
- Gunakan scrub yang bersesuaian dengan jenis dan masalah kulit
Apa yang palinga ku suka pada Simple Smoothing Facial Scrub ini ialah kandungan ‘bijian beras’. Hahaha sangat mengimbau kembali kenangan waktu kecil. So far alhamdulillah, aku selesa memakai scrub jenis dan jenama ini. Adalah 2 ke 3 bulan lebih.
simple smoothing facial scrub review malaysia, simple smoothing facial scrub watsons, simple scrub review malaysia, simple smoothing facial scrub guardian,kebaikan scrub simple,kebaikan simple smoothing facial scrub,simple smoothing facial scrub target,simple face wash,