Berdasarkan kepada pembacaan dan review di internet, ramai yang keliru (termasuk aku) antara fungsi Niacinamide dan Alpha Arbutin. Kawan-kawan sepejabat lah yang dok bertanya. Mana satu yang terbaik bla bla bla bla. Seriau mahu menjawab sebab risau salah fakta.
Baca: Produk The Ordinary Serum Popular Di Malaysia
Ada orang pakai satu produk ini sahaja dan ada orang yang pakai kedua-duanya. Samaada satu pada waktu siang dan satu lagi pada waktu malam. Namun, ada juga orang yang buat review, diorang campur (Niacinamide + Alpa Arbutin) pada satu masa.
Pada akhirnya, kesemuanya bergantung kepada kesesuaian kulit muka masing-masing terhadap produk The Ordinary serta kandungannya.
Jadi, solusinya, kita coretkan nota dalam blog ini. Pada sesiapa yang bertanya, bagi je link ini.
The Ordinary Niacinamide
- Reduce blemishes and congestion, brightening, balance sebum
- Membantu stabilkan penghasilan minyak pada kulit muka
- Membantu mencerahkan kulit wajah, mengecilkan pori-pori
- Digalakkan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit muka berjerawat dan berminyak
- Harga sekitar RM50
Baca: Wishes Happy Birthday and Messages Online
The Ordinary Alpha Arbutin
- Reduce dark spots, pigmentation and dark acne scars
- Baik dalam membantu menghilangkan kesan parut jerawat hitam.
- Ramai kata, ini adalah killer produk oleh The Ordinary.
- Mencerah dan melembapkan kulit
- Harga sekitar RM60