BLACK & DECKER HAMMER DRILL

Dah lama sebenarnya hajat dihati nak beli Drill. Tak kisah lah apa jenis drill – janji boleh menggerudi batu. Dan akhirnya pagi tadi dapat jugak beli drill ini. Kat Carrefour sekarang ini ada promosi untuk drill jenama Black & Decker. Tu yang sambar Hammer Drill satu tu – RM139 berbanding harga asal yang aku lupa berapa harganya. Tapi memang berbaloi hihi.

image
Black & Decker Hammer Drill

Asalnya nak beli jenis yang pakai bateri – lebih menguntungkan dari segi harga yang ditawarkan. Tapi after discuss dan usha2, aku rasa Hammer Drill lebih sesuai untuk situasi semasa. Sebab utama aku pilih hammer drill ini ialah ia boleh digunakan diatas permukaan kayu, keluli dan yang paling penting sekali batu bata. Kalau takat kayu tu, xyah pakai drill bagai. . . pakai lesung batu pun boleh kah kah kah

image

Lepas nie boleh r aku tebuk mana mana yang patut untuk buat penggantung etc. Yang penting, aku nak buat Cat Tree / Cat Post untuk kucing. Aku tengah try untuk buat sendiri. Harapnya berjaya. Gigih. . .

Lepas nie xpayah beli perabut. Beli je kayu, barangan berkaitan dan bla bla bla. . . Jimat

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI