Selamat Hari Raya Aidiladha 2020

Selamat Hari Raya Aidiladha tahun 2020. Musim hujan dan masih lagi dalam suasana covid19. Adik beradik aku berselerakkan di pagi raya. Kakak balik rumah mentua. Adik balik tghari/petang raya. Abang pula balik rumah mentua. Jadi, tinggallah aku dan mak je. Nasib baik. Kekadang, perkara seumpama inilah jadi punca aku membimbangkan dan merisaukan aku haha.

Aku tak makan banyak sangat pun. Lagipun duduk berdua sahaja. Tapi gigih mak aku bangun seawal pukul 2 pagi untuk buat juadah hari raya. Menu yang standard dia akan masak tiap hari hari raya pertama.

Aku pula, terkejut sebab angin kuat yang amat sekitar pukul 3 pagi lebih dan diikuti dengan hujan yang tersangat lebat. Teringat tingkap kereta terbuka sedikit. Aiii leceh Vios Arianawati dugong ini sebab tiada penutup pada atas tingkap. Kampung bercuaca agak panas dan tiada bangsal.

Sambal kacang kami import dari rumah pakcik. Nasib baik diorang hantar tahun ini hahaha. Aku memang malas nak jalan waktu cuaca mendung. Sedap lepak rumah tido je ahaks. Sesambil tenangkan fikiran memikir strategi dan tektik untuk siapkan assignment PR Campaign.

Plan nak balik sabtu sebab hari ahad boleh lah siapkan assignment. Tapi, macam kena balik ahad je sebab adik beradik yang lain balik ahad. Nanti mak seorang pula dok rumah. Harap sempat siap sebelum isnin ??? Insyaallah.

Tak sabar nak habiskan pengajian. Letih yang amat.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI