Tip Malam Pertama – Adab Untuk Suami Sebelum Mendatangi Isteri

Tiada dalil khusus yang menentukan hari-hari khusus untuk melakukan hubungan suami isteri. Begitu juga halnya dengan jumlah kekerapannya.

Untuk Suami : Adab Sebelum Melakukan Hubungan Seksual

Terdapat adab yang boleh dilakukan oleh suami sebelum bersetubuh dengan isteri. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam karangannya kitab al-Figh al-Islami, berikut adalah antara adab-adab yang boleh dilakukan:-

Tip Malam Pertama - Adab Untuk Suami Sebelum Mendatangi Isteri
  1. Membaca Basmalah.
  2. Surah al-Ikhlas.
  3. Bertakbir.
  4. Bertahlil, iaitu La ila ha illallah.
  5. Elakkan daripada menghadap kiblat.
  6. Memohon kepada Allah dengan doa-doa berkaitan. Contohnya seperti: “Ya Allah, jadikanlah ia (nutfah) itu zuriat yang baik. Sesungguhnya, Engkau mampu mengeluarkannya (air mani) daripada sulbiku.”
  7. Doa sebelum berjimak: “Dengan nama Allah. Wahai Tuhanku, jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkan syaitan daripada rezeki (anak) yang Engkau kurniakan kepada kami.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
  8. Memulakan hubungan kelamin dengan melakukan adegan-adegan yang merangsang syahwat dan saling memberahikan pasangan sebagau ‘mukadimah’. Misalnya seperti ciuman, kucupan, pelukan dan sebagainya.
  9. Meraikan keperluan pasangan. Contohnya seperti, suami menunggu isterinya klimaks sesudah dirinya merasakan klimaks kerana kemuncak kepuasan wanita agak lambat berbanding lelaki.
  10. Makruh bercakap terlalu banyak ketika sedang melakukan hubungan seks suami isteri.
  11. Suami tidak digalakkan meninggalkan hubungan seks dengan isteri melebihi tempoh empat hari tanpa keuzuran.
  12. Suami dan isteri hendaklah melakukan persetubuhan dalam keadaan berselimut. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Nabi saw, maksudnya: “Apabila ada antara kalian mendatangi isterinya, maka hendaklah dia mendatanginya dalam keadaan menutup tubuh. Janganlah berbogel sebagaimana himar.” – Riwayat Ibn Majah

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI