Kreatif – 25 Ucapan Assalamualaikum Salam Jumaat Penghulu Segala Hari

Kreatif - 25 Ucapan Assalamualaikum Salam Jumaat Penghulu Segala Hari

Salam JUMAAT Penghulu Segala Hari. Semoga kita dilimpahkan rezeki. Dimudahkan segala urusan untuk menuju akhirat. Disayangi penduduk bumi dan langit. Diteguhkan akidah. Ditingkatkan iman dan takwa dalam agama Islam. Aamiin Ya Robbal ‘Alamin.

Assalamualaikum. Salam Jumaat. Penghulu Segala Hari. Semoga hari ini membawa seribu rahmat dan kebaikan dalam hidup kita di dunia dan akhirat. Aamiin

Salam Jumaat. Penghulu Segala Hari. Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat dan kurniaan-Mu pada pagi ini. Jadikanlah setiap langkah kami agar selalu dalam kebaikan. Jadikanlah sisa umur kami penuh dengan keberkatan. Lindungilah kami semua dengan kasih sayang-Mu. Sesungguhnya Ya Allah, hidup dan mati kami hanya kerana-Mu.

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh. Hari Jumaat Berlimpah Rahmat. Semoga Allah swt memberikan kita panjang usia lagi berkah, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan berkat serta bahagia hidup di dunia dan di akhirat. Aaminn Ya Robbal Alamin

Salam Jumaat. Ya Allah, lancarkanlah urusan kami hari ini. Indahkanlah dengan silaturahim yang baik. Dan limpahkanlah kami dengan rezeki yang berkat. Aaminn.

Selamat Pagi dan Salam Jumaat. Moga senantiasa dalam jagaan Allah swt. Diafiatkan kesihatan. Dimurahkan rezeki. Dan selalu dimudahkan segala urusan. aamiinnn

Bismillah. Selamat Pagi. Takdir kita sudah Allah swt atur dengan baik. tugas kita hanya mempersiapkan hati agar selalu redha atas segala ketentuannya.

Kreatif - 25 Ucapan Assalamualaikum Salam Jumaat Penghulu Segala Hari

Ya Allah, lanjutkanlah usia kami. Limpahkanlah kami dengan rezeki-Mu yang Maha Luas. Kurniakanlah kami kesihatan yang baik dan berkat. Rahmatilah hidup kami di dunia dan akhirat. Aamiin. Ya Robbal Alamin.

Salam Jumaat. Semoga hari ini Allah memberikan keberkatan-Nya kepada seluruh kaum keluarga kita, rezeki kita, ilmu kita dan hidup kita semua. Aamiiin

JUMAAT Sebaik-baik Hari. Sebaik-baiknya hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan. Pada hari itu ia dimasukkan ke syurga. Pada hari itu ia dikeluarkan darinya. Dan hari kiamat tidaklah terjadi kecuali pada hari Jumaat. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Assalamualaikum wt. Salam Subuh, Selamat Pagi dan Salam Jumaat, Penghulu Segala Hari. Mari berselawat ke atas Nabi Muhammad saw. Semoga kita mendapat syafaat dan keberkatan daripadanya.

DOA PAGI JUMAAT – Ya Allah, dipagi Jumaat yang mulia ini, ampunilah dosa-dosa ku, doa-dosa kedua ibu bapa ku, seluruh ahli keluarga ku, sanak saudara ku, sahabat-sahabat ku serta seluruh umat Islam. Panjangkanlah umur kami. Kurniakanlah kami keselamatan dan kesihatan yang baik. Tunjukkanlah kami jalan yang benar dan diredhai oleh-Mu. Berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat. Masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu yang kekal abadi. Aminn

Ya Allah, tetapkanlah aku pada jalan-Mu yang lurus. Jalan yang penuh berkah. Dan jalan yang penuh keampunan daripada-Mu. Aaminn Ya Robbal ‘Alamin

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh. YA ALLAH, ampunilah dosa-dosa kami. Bebaskanlah kami daripada kegelapan kepada cahaya petunjuk-Mu. Jauhilah diri kami daripada kehinaan zahir dan batin. Limpahkanlah kepada kami keberkatan di dunia dan di akhirat. Bantulah kami mengikut sunnah rasul-Mu dan mentaati kalam-Mu. Dan tunjukkanlah kami jalan-jalan menuju ke syurga-Mu ya Allah.

SALAM JUMAAT. Ya Allah, pada pagi yang mulia ini, terimalah amal ibadah kami. Luaskan rezeki kami. Sihatkan tubuh badan kami. Ampunilah dosa-dosa kami. Dekatkanlah kami dengan kebaikan. Permudahkanlah urusan kami di dunia dan di akhirat. Aamiin

Selamat Pagi Semua. Salam Jumaat Penuh Barakah. Semoga dengan sinar Rabb-Nya dan keberkatan Jumaat yang mulia ini, kita berterusan didatangi hidayah dan petunjuk daripada Allah swt untuk terus istiqamah dalam beribadah dan membuat kebaikan. Aamiiin Aamiiin Aamiiin

Kreatif - 25 Ucapan Assalamualaikum Salam Jumaat Penghulu Segala Hari

Assalamualaikum. Salam Jumaat Sahabat. Doaku hari ini – Moga disembuhkan apa yang sakit. Delegakan mana yang perit. Dilapangkan ruang yang sempit. Dimaniskan segala yang pahit. Aamiinn

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Ya Allah, Jadikanlah kami insan yang sentiasa bersyukur saat diberi. Bersabar saat diuji dengan dugaan dalam kehidupan kami. Moga dipermudahkan segalanya. Amiinn

Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku di penghujungnya dan sebaik-baik amalku di akhirnya. Dan (jadikanlah) sebaik-baik hari-hariku di hari ketika aku bertemu dengan-Mu. Salam Jumaat

Ya allah, jadikanlah hari ini hari yang penuh rahmat dan ampunan. Jadikanlah limpahan rezeki yang kami terima sudah pasti Engkau berkati.

Salam Jumaat al-Mubarak. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibu bapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami, para sahabat kami serta seluruh kaum muslimin dan muslimat walau dimana jua mereka berada.

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh. Semoga hari ini – awalnya membawa RAHMAT, pertengahannya memberi NIKMAT dan penghujungnya dipenuhi BERKAT.

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh. Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Allah merahsiakan masa depan untuk menguji kita agar sentiasa berprasangka baik, berusaha yang terbaik, bersyukur dan bersabar.

Selalu ada HARAPAN bagi mereka yang sering BERDOA. Selalu ada jalan pertolongan bagi mereka yang berusaha. Selalu ada yang terbaik bagi mereka yang bertawakal. Insya-Allah Yakinlah kepada Allah swt.

Keindahan JIWA bukan daripada WAJAH. Tapi dari HARI dan jiwa NURANI yang BERSIH.

Assalamualaikum dan Salam Jumaat. Ya Allah, dihari Jumaat yang penuh berkat ini, ampunilah segala dosa-dosa kami. Tetapkanlah iman kami. Terimalah segala amal ibadah kami. Lindungilah kami dan orang-orang yang kami sayangi

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI