Sekarang ini macam jadi satu trend kot orang bukak kedai roti. Tak kisahlah apa jenis roti / konsepnya pun. Yang penting bahan asasnya memang tepung huhu.
Aku suka makan roti dari The Loaf. Rasanya lain dari yang lain kot. Coklatnya pun rasa ‘ringan’ dan syok je time dimakan ahaks. Aku suka yang bercoklat. . . .yang lain2 tu aku not sure.
Paling suka makan Oyaki. Entah apa maknanya pun aku tak tahu. Konsepnya lebih kurang kuih tat. Ada inti yang pelbagai. For sure aku paling suka inti coklat hihi.
Tak tahu plak rupanya di The Loaf ini ada konsep member card day. Means ada hari hari tertentu yang dia bagi harga diskaun untuk ahli.
Untuk jadi ahli, hanya perlu bayar RM10 seumur hidup. Budak jaga kaunter tu kata – apa apa promosi pihak dioeang akan maklum via SMS atau Email. Kita tengok betul atau tak. . . Hihi