TAMAN WETLAND PUTRAJAYA

Sebelum ini aku pernah pergi Taman Wetland Putrajaya dan ada buat 1 entry pun pasal taman ini. For the 2nd time aku pergi lagi semata mata untuk tengok Panda. Tapi macam tak ada plak. Kat mana diorang letakkan Panda tu? Kat Bahagian Informasi macam tak ada maklumat pun pasal Panda ini. Sedih

image

Tapi, tak kisahlah… janji aku boleh jimba jimba sambil menghirup udara segar kat sini. Sebelum ini aku sewa basikal kat sini. But, this time rasa malas plak. huhu… Saja isi masa lapang ๐Ÿ™‚

Suka pergi sini cz rasa tenang je. Suasana ala kampung pun ada gak.
image

image

image

If let say nak buat wedding photo pun nampak menarik. Kalau nak lebih lagi, buat je majlis perkahwinan kat sini. Ada berani? Kahwin dalam taman. Agak agak kalau aku buat nie, mak aku bagi tak? hahaha

Oh ya… Kat sini ada disediakan menara pandang jauh. Agak tinggi jugaklah menara ini. Cuma kesian + agak takut gak cz ada beberapa kayu yang nampak uzur.

Boleh nampak banyak kawasan daripada menara ini. Cuma sayang, ada gak couple2 yang menyalahgunakan tempat ini. Harapnya korang dah kawin lah ek. Aku plak sukaย enter-frame kat sini. Mula lah nak kesana kemari amik gambar. Walhal nak kacau diorang je hihi. Sweet bukan?

Serious cantik. Kat negara omputih mana ada semua ini. Ye dak?

Kat sini pun diorang membela Flamingo. Sweet je. Ini kalau buat wedding photo pun cantik gak nie. Kene pergi pagi or tengahari. Feel like kalau pergi petang, mesti aku tak berani nak datang sini. Sunyi beb… aku nie penakut sedikit ๐Ÿ™‚

So far, bagi aku kat sinilah paling complete kemudahannya. Siap ada padang lagi. Boleh buat family day or main layang layang or main remote control kat sini. Petang2 mesti ada je yang beriadah kat sini. Kalau waktu cuti jangan cerita lah. Lagi ramai

See.. ada orang buat hari keluarga kat sini. Ini waktu pagi

OTW dah keluar nak balik tu baru aku teringat ada bahagian lain kat Taman ini yang aku tak pergi lagi. Kawasan paya + tepi tasik. But, its OK…next time aku datang lagi n ambil gambar sekali. Khabarnya boleh memancing kat sini. Nyum nyum… boleh r aku belajar memancing kat sini ๐Ÿ™‚ ahaks

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI