Kesemua acara masak memasak secara umumnya memang diserahkan kepada sanak saudara untuk dimasak. Tuan rumah cuma tentukan menunya sahaja 🙂 Ala-ala rewang camtu.
Dahulu, kecil-kecil kami memang sedikit terbatas untuk bergaul sesama saudara. Aku sendiri tak tahu apa puncanya. Tapi la nie dah besar, ada aku kisah…..sanak saudaralah everything. Susah senang merekalah yang tolong dan bersama. Insyaallah
Aku dari pagi sampai area tengahari tu memang fokus kepada menyiang 5kg udang + membersihkan 50kg ayam. Pengsan mak
Banyak kot menu yang disediakan pada kenduri hari tu. Aku pun bukannya berpengalaman sangat dalam bab bab kenduri kendara ini. Kenduri kahwin sendiri pun aku tak pernah fikir hahaha
Kebanyakannya memang ala-ala masakan jawa. Aku sempat ambil beberapa keping gambar je. Ko ingat aku ni jakon sangat + ala wartawan ke apa nak klik sana sini. Over tauuuuuuu
Sempat gak aku cilok beberapa lauk dan ayam yang dah diperap hahaha. Nyum nyum…masakan kampung tetap menjadi menu kegemaran aku. Yang penting, masak sendiri kat rumah – TERBAIK.
Nyesal aku tak ambil sayur ‘lotho’ lebih haritu. Masyaallah….sedap giler!!!!! apa rahsianya? Of cz diorang masukkan sekali daun cekur ke dalamnya.
Haruslah lepas ni aku tanam cekur kat rumah. Gigih