Semalam (17 Mac 2012), aku berpeluang untuk pergi ke Karnival Proton Power of 1. Aku ada buat post mengenai Power of 1 sebelum ini. Itu pun, aku dapat info dari news dan radio. Lucky jalan tak jem + cuaca baik. Ini adalah pertama kali aku pergi ke karnival automotif. Dalam hati, aku bertanya ‘Oh, macam nie ke karnival automotif tu?’ Pengsan.
OK, abaikan sahaja. Kita layan dahulu gambar-gambar yang dapat di snap sepanjang kurang 1 jam aku disana.
Antara kereta yang dipamerkan dan menarik perhatian aku. Just wonder, boleh dipandu di jalanraya ke? Pengsan
Pengunjung bertuah akan dapat Proton Savvy. Walaupun aku tak minta model ini, tapi kalau dapat FREE, aku nak ajer. Tapi, apakan daya tertunggu tunggu jugak orang call.Tapi tak ada. Im not the lucky one lagi 🙁
Enjin Campro
Proton City Car. Nampak macam proton EMAS je nampak gayanya.
Antara Lotus Car yang dipamerkan
Proton New Model
Proton Exora Bold
Lotus F1