ROYAL UMBRELLA VS HERBA PONNI TAJ MAHAL

Ingat lagi dengan entry Beras Royal Umbrella yang aku buat beberapa hari yang lalu? Beras ini cukup sedap kalau dimasak time kenduri kendara / makan ramai-ramai. Baunya sangat masyuk 🙂

Baru-baru ini aku memang dok cari beras. Yelahkan..beras dah lama habis + aku malas nak masak. Time hujung tahun ini, banyak beras dijual pada harga yang lebih murah. Lagi2 beras yang di import daripada Thailand. Tak percaya? Pergi je mana-mana supermarket popular huhu.

Tapi sayang, nak beli Beras Faiza Herba Ponni Taj Mahal tapi tak leh. Cz harganya mahal – RM35 something. Selalunya aku beli dengan harga RM29 – RM30 camtu. Biasalah..nak jaga kesihatan di usia yang muda kan 🙂 haha..Pengsan

Ish…kalau harganya tak ada diskaun, nak beli beras apa kan? Nak beli Beras Moghul tapi aku jemu makan basmathi. Lebih kurang je pun. Nak cari something yang lain daripada yang lain pula – aku suka berexperimen.

Tak sangka pula, aku terjumpa beras Royal Umbrella ini. Aku sangkakan kat Malaysia tak jual. Rupanya diorang ada jual juga melalui salah sebuah company dibawah BERNAS di selatan tanah air. Packaging lebih kurang sama..cuma versi Malaysia punya dijual dalam bekas plastik…..berbanding versi Singapore yang dijual dalam bekas ala-ala guni.

So, dalam bulan ni kami serumah makan beras Royal Umbrella inilah gamaknya. huhu….Dah beberapa hari juga aku masak beras ini. Wangi giler OK. Semerbak je baunya satu rumah. Makan begitu sahaja pun OK. Cuma yang kurengnya aku still tidak biasa dengan likat-likat nasinya. Selalunya aku makan beras herba ponni taj mahal memang tak likat. Seketul-seketul nasinya. Yang ni tak pula hahaha

Apapun, beza yang paling ketara ialah, secawan beras yang aku masak guna  beras jenama ini boleh dapat setengah pinggan nasi je. Selalunya kalau aku guna beras Taj Mahal, aku akan dapat hampir sepinggan penuh OK. Maybe dek kerana faktor ‘kelikatan’ kot.

Lagi? bezanya ialah….beras ini meninggalkan kerak nasi yang lebih banyak berbanding herba ponni. Wangi tu wangi……sedap tu sedap. Tapi dari segi implimentasinya macam tak sesuai untuk aku. Lebih kurang beras sunwhite je kot – for long term. Baik lagi guna beras herba ponni taj mahal.

SEKADAR PENDAPAT / PANDANGAN PERIBADI AKU SEMATA MATA

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI