Lepas habis sembahyang hari raya, aku pergi ke rumah mak saudara kawan aku. Biasalah, malas nak masak kat rumah + nak ambil mood raya kene datang rumah yang berkeluarga. Aku nak makan makanan raya 🙂 Disini aku dapat rasakan bahawa Aidiladha pun merupakan perayaan juga. Sebelum ini aku buat dek je. Oh…sedih cz berjauhan dengan family gamaknya.
Datang rumah orang takkan dengan tangan kosong je kan? Mesti nak kene bawa somthing. Tu yang beli lemang kat mana mana tepi jalan tu. Yang kecil harganya RM10 dan yang besar sedikit harganya RM12. Ini pertama aku aku beli lemang. Tiada pengalaman. Mahal or murah tu aku tak pasti.
Plus aku tak pasti samaada lemang ini benar benar lemang atau lemang yang direbus dahulu 🙂
Kat sepanjang jalan nak pergi ke rumah di Kajang tu memang banyak je kedai yang jual lemang. Berderet OK. Time tu tak terfikir semua ini. Singgah je mana mana kedai tepi jalan tu. Yang penting ada buah tangan nak bagi. Sentap juga lepas beli and jalan jauh sedikit ada pondok besar yang jual lemang berderet2 OK. Dah macam pesta. Ramai jugak kereta yang berhenti singgah. Nampak macam diorang bakar lemang tu kat situ. Mesti bagi sedap kot
Aku tak pasti cara orang menyambut perayaan disini. Kalau kat kampung, family aku memang aku siapkan bermacam macam jenis lauk pauk pada pagi raya. Yelah kan, nak dibawa ke Masjid + sarapan pagi + tukar2 makanan dengan sanak saudara. Tapi kat sini diorang macam tak masak plak. Tak sempat katanya. Disini tiada budaya bawa makanan ke masjid kot
Oh, mengidam plak kat sayur lodeh. Makcik tu kata dia tak sempat lagi nak masak lodeh. Alamak…..Pengsan.
Apapun, yang penting mereka bekalkan kami beberapa jenis makanan – ketupat lontong + lemang + kuah kacang + rendang ayam. Nyum nyum…..sedap. Aku kurang makan lemang sebenarnya. Tak biasa makan pulut. Lebih selesa makan ketupat lontong je. Johor kan….
Yang penting tak lama selepas itu, aku sakit perut sokmo. Selidik punya selidik, aku yakin…ini semua lemang punya pasal. Ni lah padahnya kalau beli sembrono je. Sentap