PESTA BELON UDARA PANAS PUTRAJAYA 2012

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya kembali lagi dengan penyertaan sebanyak 25 belon udara panas dari 12 negara. Pesta edisi ke-4 ini bermula dari 15 – 18 Mac 2012. Dibuka pada pukul 7am-9pm dan bertempat di Monumen alaf Baru, Precinct 2 Putrajaya.

Apa yang pasti, kesilapan aku kali ini ialah aku tak tengok dahulu portal untuk pesta ini. Aku main terjah je. Mana tak nya, mula-mula aku pergi tengahari.Time matahari atas kepala, mana ada belon time terik macam tu. Maunya terbakar hahaha…

So, we decide untuk pergi pada malanya pula. Itu pun selepas tengok tentatif program 🙂 Pengsan. Apa yang tak syoknya, camera rosak semasa ambil gambar di Pameran Power of 1. Nasib baik bukan aku yang rosakkan. Allah itu Adil 🙂

Tapi, walaubagaimanapun aku berpuas hati dengan pesta ini. 1st time ever aku tengok belon udara panas ini. Jakon yang amat hahaha. Dan yang pasti, bukan aku seorang sahaja yang jakon. Memang pesta yang amat. Ramai giler orang. Layan