TANDA TANDA KUCING MAHU BERANAK

Seperti haiwan lain, kucing juga merupakan salah satu haiwan yang melahirkan anak. Tetapi perasankah anda tanda-tanda kucing untuk melahirkan anak? Kucing ini tidak perlukan bantuan manusia atau haiwan lain untuk melahirkan anak, malah kucing ini boleh melahirkan anak sendiri. Antara tanda-tanda ibu kucing untuk melahirkan anak adalah:-

  • Kucing ini akan mulai menunjuk tanda-tanda sukakan pada tempat-tempat bersembunyi yang sunyi serta terlindung dan mencari-cari tempat yang sesuai sebagai contoh dibawah katil.
  • Anda perhatikan perut ibu kucing yang hendak lahirkan anak, bahagian perutnya agak ‘terjatuh’ berbentuk seperti buah pear. Lihat dalam masa 2-3 hari sebelum bersalin.
  • Ibu kucing akan mula tunjuk reaction seperti mundar mandir ke hulu ke hilir tanpa arah dalam masa 24 jam sebelum melahirkan anak dan hilang selera makan.
  • Akhir sekali masa ibu kucing untuk melahrikan anak. Proses untuk meneran dilakukan mengambil masa selama 1 jam.

Tip:- Kita perlu membantu menyucikan atau membersihkan dibahagian pernafasan anak kucing yang dilahirkan sekiranya ibu kucing tidak mengambil peduli selepas bersalin. Sekiranya anak kucing anda bermasalah, sila jumpa doktor haiwan untuk rawatan selanjutnya.

Tempat yang sesuai untuk kucing beranak adalah tempat yang :-

  • sunyi
  • gelap
  • selamat dari binatang lain

Kalau boleh letak kotak tu dalam sangkar besar dan kucing tu sekali. Bukan apa takut dia tak nak terima kotak tu dan akan cari tempat yang dia suka seperti :-

  • almari baju
  • bawah rak TV

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI