RESTORAN LUMBUNG PADI CYBERJAYA

image

Seperti biasa, aku akan bawa anak anak buah pergi jalan jalan cari makan. Asalnya nak makan kat Puchong, tapi Naili Fertado tak habis kursus lagi. So, kami decide pergi makan kat Mat Ayam Kampung Cyberjaya sahaja lah. Tapi, dek kerana aku terparking kat satu kedai nie. . . Tetiba je kami nampak list menu menarik kat Restoran Lumbung Padi nie. Yeah. . .menu masakan jawa. Haruslah singgah cuba kan.

image

image

Stail restoran ini pelik. Menunya tiada tanda harga. .hahaha. Tanda harganya terletak di kertas order. Pengsan.

Keadaan sekitar restorannya tampak selesa. Hebat

image

image

Lama gak kami nak pilih order makanan apa yang kami nak makan. Nampak janggal dengan nama menu. Tu yang dok fikir lama 🙂

image

Aku tak ingatlah nama makanan / minuman yang kami order. Pelik kot bunyinya. Rasanya nama menu yang kami order tu Ayam Penyet, ayam bakar, nasi uduk, nasi goreng tek tek. Nama airnya tu aku sepatah pun tak dapat ingat. Hihi. . . Tapi rasanya unik. Sangat eksotik.

image

image

image

Kami dok kecoh kat situ. Makan 3 orang je pun . . Tapi longatnya mengalahkan sepuluh orang. Terbahak sana sini. Hahaha

image

Nasi goreng tek teknya sedap. Aku suka. Just nice r jugak rasanya. Tapi rasa macam guna perencah segera je. Betul ke. . .

Bagi aku, ayam penyetnya pun not bad. Cuma mungkin.kalau ditambah kerangupan dan dikurangkan tepung serta dibersihkan betul betul ayam tu. . . Mungkin lagi sedap kot 🙂 rasanya pun soft and smooth je.

Ayam bakarnya pula kata jiela ok. Dia suka dengan sos / kicap pada ayam bakar tu.

Yang penting, sambalnya sedap. Tapi kalau lagi pedas mesti lagi syok kot. Nyum nyum. . . Kecur air liur hihi

image

Total up kami makan semua itu ialah RM42 camtu. Ohhhh. . . Hairan, ada charge 5% untuk service. 1st time aku dapat pengalaman macam ini. Govement tax macam tak ada plak. Betul ke?

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI