PENGALAMAN TENGOK KUCING BERANAK – PART 1

Aku masih mamai mamai lagi hari ini. Seakan tak cukup tidur (walaupun). Yeah….baru berkesempatan / gagah untuk membuat entry mengenai kucing beranak ini – buat part by part. Its better kot. Tak serabut 🙂

Aku pun ada buat video kucing beranak – so boleh refer kat situ jugak.

Aku terjaga seawal jam 3 pagi lebih semalam ( 25 Nov 2012 – Ahad ). Sakit perut gamaknya. Lepas buang air je, rasa tak boleh tidur plak. Pengsan. So, aku update lah apa-apa perkara yang related di mykeledek.com ini. Especially mengenai MAHA 2012. ON je.

Secara tiba tiba, Cici minta dibelai. Oh, aku memang selalu belai belai dia. Memang normal la tu kot. Kemudian, dia blah….

Tak lama kemudian, dia datang lagi. Kali ini macam bising mengiau ngiau. Entah perasaan datang dari mana….fikiran datang dari mana, aku terus ajak dia masuk ke dalam ‘pondok kecil’ yang telah aku sediakan untuk dia. Tak sangka pula yang dia ikut aku – berlari anak. Dia terus masuk ke dalam pondok kecil itu.

Aku perhatikan, dia kelihatan resah + nafas dia kuat berbunyi + dia mahu aku teman + dia mahu aku senyap. OK.,….kucing nak beranak macam tu kot. Aku memang tiada pengalaman. KOT

Lama juga aku menunggu dia. Entah beranak entahkan tidak. Dalam pada masa yang sama, aku update instagram / twitter / facebook aku. Yeah…aku yakin kawan aku yang kat Paris tu akan tengok. Gigih keep calling nak tahu status terkini mengenai bakal mak kucing nie

Tunggu punya tunggu…tak juga nampak perubahan. So, aku mandi dulu cz time tu subuh memang dah lama masuk – think so. Imprezz….sebaik sahaja aku nak habis solat subuh tu, tepat2 je tahyat akhir……Cici meluru datang kepada aku sambil mengiau.

So, aku percepatkan sedikit bacaan….n terus datang ke pondok kecil dia tadi. At the same time aku ternampak Cici dah berdarah darah kat bontot dia. Aku tengok sekali imbas je. Takut + geli 🙂

Eh..batinku berbisik. Cici Keguguran ke?

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI