Anak anak kucing ini genap 5 hari pada hari ini 🙂 syukran. . So far sihat walafiat je. Aku dok monitor perkembangannya hari hari + catat diary diorang di mykeledek.com ini. At least ada kenang kenangan. Ye dok?
Kucing yang baru beranak + menyusukan anak perlu dibagi makanan yang bertenaga + membantu menghasilkan susu / protein / kalsium yang banyak : ayam rebus dan makanan anak kucing ( kitten ). Ini adalah hasil daripada penyelidikan dan pembacaan daripada internet yyeeeerrrrrrrr
Gigih aku dok tanya Izdihar untuk cari Petshop di sekitar Bandar Baru Bangi. Aku dok nak cari Royal Canin for Kitten. MESRA Petshop di Presint 15 Putrajaya macam kehabisan stok plak. Nak pergi The Mines macam mahal sangat lak. Aku nak cari RC yabg dah di repackaging je 🙂 Jimat duit Mak u olllzzzz
Gigih pergi cari Mesra Petshop di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. OMG. . rupanya dekat je dengan Restoran Urat Ketin dan JPJ Bangi 🙂 Ok. . Dah tahu dah tahu huhu. .
Ada 2 jenis makanan untuk kitten bagi jenama Royal.Canin ini. Satu untuk Kitten sahaja (RM30) dan satu lagi untuk Persian Kitten (RM34). Persian Kitten ini mahal sedikit cz dia ada tambahan bahan yang mencegah sakit mata bagi anak anak kucing parsi – kata si penjual. Aku ON je. So, aku belilah Royal Canin for Persian Kitten tu. Aku concern kepada sakit mata budak budak tu nanti. Salah satu masalah / penyakit utama bagi anak kucing parsi. . . .
Alang alang pergi kedai tu, aku jengok jengoklah apa yang ada. Terus sambar makanan basah jenama PRODIET yang berharga RM1.20 untuk 85g. Cer try sat. . Cici nak atau tak.
See. . . Korang tengok je kat gambar tu. Si Cici Esmidar Gonzales macam tak sabar sabar nak makan. Walhal makanan ini untuk anak kucing. Dia ni dah kira Mak Kucing haha. Macam tahu tahu je makanan jenis inilah yang baik untuk anak anak dia. Tak sabar ke benooorrrrrr
Hairan juga aku dengan dia ini. Aku dok bagi Royal Canin for adult tu dia macam nak tak nak je. Tapi Royal Canin for Persian Kitten ini dia makan berselera sungguh. . .
Tak menyabo. . Aku letak dalam bekas besar, terus makan dengan lahap. Pengsan. . Mungkin makanan inilah yang dia tunggu tunggu selama ini 🙂
MAMA KUCING TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK ANAKNYA 🙂
See. . Lepas makan dok jilat jilat bulu + lepak + bagi anak minum susu. Meriah
Hurrrmmmmm lega hati ini cz dapat tengok Cici kembali tenang. Dia nak makan ini rupanya. Sebelum ini aku dok risau cz dia jz bau2 RC for adult tu je. Kalau makan pun macam terpaksa. Lega. . . . .