Siapa yang ada bela kucing di rumah mesti akan melihat perilaku ibu kucing yang baru melahirkan anak, ibu kucing tu rasa macam tak tenang je, angkat anak ke sana ke mari. Same goes to me 🙂 Ibu Cici Esmidar Gonzales suka sangat dok memindahkan anak anak dia kehulu hilir. Sekejap ke bilik situ…sekejap ke bilik sini..sekejap ke ruang tamu. Pengsan
Kadang-kadang tempat yang menjadi pilihan ibu kucing tu ialah almari baju kita. Kita sedaya upaya halang kucing tu untuk membawa anaknya ke sana ke mari. Yelah kan, tempat untuk dia anak beranak memang sudah tersedia rapi. Macam aku ini, memang bagi bersih / nampak molek benar ruang untuk dia dan anak anak bermain, tidur dll. Everything memang perfect.
Kita terfikir , kenapalah ibu kucing tu nak sangat pindah-pindah tempat. Kesian anak kucing tu, kadang-kadang ada yang mati sebab dah lama sangat ibu kucing tu kendong guna mulut dia. Kadang-kadang ada yang dah sampai luka leher anak kucing tu – cerita yang aku baca di internet 🙁
Tapi, tahukah anda bahawa ibu kucing tu ada sebab kenapa berbuat demikian. Ianya disebabkan, apabila tempat ibu kcuing itu telah digunakan selama 2-3 hari, tempat itu akan menjadi kotor dek najis-najis anak-anak kucing yang baru lahir itu. Naluri si ibu kcuing, inginkan kebersihan yang terbaik buat anak-anaknya, maka si ibu kucing mencari tempat yang baru yang lebih bersih. Bersih yang macam mana tu aku tak pastilah kan.
Jadi kesimpulannya, ibu kucing bukannya saja-saja nak kendong anak-anaknya yang baru lahir tu ke sana ke mari, tapi disebabkan ianya hendak mencari tempat baru yang lebih bersih / selamat / tanpa gangguan orang – bercakap based on pengalaman huhu