KARNIVAL JUALAN BUAH BUAHAN TEMPATAN PUTRAJAYA

image

‘JOM MAKAN BUAH’ – KARNIVAL JUALAN BUAH BUAHAN TEMPATAN @ PUTRAJAYA 2012
Tempat : Laman 1 Malaysia, Presint 2 Putrajaya
Tarikh : 7 Nov hingga 11 Dis 2012
Masa : 10 pagi hingga 10 malam

Gigih aku pergi Karnival Jualan Buah Buahan Tempatan – walaupun dalam hujan 🙂

image

Yeah. . Aku pergi hari pertama tuuu. Kira macam antara pengunjung pertama di Jom Makan Buah ini huhu. Aku dok tengok banner dan bunting dipasang merata di area Putrajaya ini. Tak sangka pulak yang mereka buat karnival ini sampai 11 Dis depan. Lama tuuuu. . .

image

image

Aku datang sini time perasmian Karnival ini. Salah satu perasmian yang paling simple dan cepat pernah aku tengok. Bravo 🙂 Hebat dan teruja

image

Apapun, dimana sahaja event atau program anjuran FAMA. . . semuanya tetap the best. Ada banyak booth, program dan aktiviti menarik – walaupun dalam skala yang kecil. Ada sajian makanan popular,urban farming, jualan florikultur, pameran dan jualan haiwan kesayangan – arnab huhu

image

Tapi, yang paling syok sekali ialah ada Durian Party 🙂 haha. Boleh rujuk gambar untuk harga durian party ini – Dewasa RM15 sahaja OK

image

Aku apa lagi? Melantak durian musang king, durian D24, manggis, rambutan dll. Memang syurga buah buahan huhu

image

Sana sini durian. . . Masyuk je dengan durian durian yg sedap ini. Berbaloi kot

image

image

image

Duriannya cantik cantik. . Sedap sedap. . Nyum nyum

image

image

image

Ooohhhhhhhh aku pulang dengan kekenyangan 🙂 Syukurlah. . . Rezeki aku pada hari ini.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI